Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Saturday, December 22, 2012

Tahniah, Teruskan Menipu Rakyat

1. Cukai Taksiran Hartanah atau lebih dikenali sebagai cukai pintu merupakan salah satu sumber kewangan utama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Pengutipan cukai ini penting bagi membolehkan PBT melaksanakan perkhidmatan yang baik kepada penduduk setempat terutamanya dari segi penyediaan dan penyelenggaraan kemudahan awam, kawasan rekreasi dan jalan-jalan yang berada di bawahnya.

2. Jika tidak silap saya pada 2007, banyak PBT di Selangor telah melakukan penilaian semula ke atas nilai hartanah komersial dan kediaman. Hasil dari penilaian tersebut cukai taksiran telah meningkat antara 5-10 peratus (%). 

3. Ini menyebabkan kerajaan Selangor ketika itu dikritik hebat oleh pembangkang ketika itu. Parti-parti di bawah Pakatan berlumba-lumba menyerang kerajaan negeri dan menyatakan kutipan cukai naik tetapi fasiliti tidak terurus. 

4. Tidak cukup dengan itu, PAS dan PKR  telah memasukkan dalam manifesto pilihan raya mereka pada 2008 untuk menurunkan cukai pintu sebanyak 10% bagi premis perniagaan dan 20% untuk premis kediaman. 

5. Pada ketika itu tampak hebatlah Pakatan. Siapa yang tidak percaya kepada janji tersebut yang dibawa oleh seorang "tokoh korporat terkemuka" dan seorang bekas Menteri Kewangan Malaysia.

6. Malangnya selepas hampir 5 tahun memerintah jangankan hendak mengurangkan cukai pintu, malah dinaikkan lagi mencanak-canak tingginya. Lebih memalukan cukai taksiran ini dinaikkan secara senyap-senyap sehingga menimbulkan kekeliruan kepada rakyat. Jika berdasarkan kenyataan akhbar terdapat kenaikan 100%  dan lebih. 

7. Kerajaan Negeri sepatutnya bersikap profesional dengan membuat pengumuman terbuka jika melakukan sebarang kenaikan taksiran bukannya "buat-buat bodoh" seolah-olah tidak ada apa-apa berlaku. 

8. Apabila diasak Tan Sri Khalid Ibrahim menyalahkan Kerajaan Persekutuan. Menurut beliau kenaikan cukai taksiran kerana Jabatan Harta Benda di bawah Kementerian Kewangan  menaikkan nilaian hartanah. Kenyataan ini sangat tidak masuk akal kerana penilaian oleh jabatan tersebut tidak semestinya diikut oleh PBT dalam menentukan cukai taksiran. Malahan PBT boleh sahaja mengguna pakai kadar lama tanpa sebarang masalah jika Khalid benar-benar mahu menunaikan janji pilihan rayanya.

9.. Ini bukan kali pertama kerajaan pakatan memungkiri janji dan menipu rakyat. Para pembaca hanya perlu melakukan carian dalam blog ini sahaja pun sudah banyak penipuan dilakukan oleh kerajaan negeri.

10. Dan saya percayalah ini bukan kali terakhir Pakatan akan menipu rakyat. Berdasarkan Buku Jingga mereka banyak lagi janji dan manifesto akan dimungkiri kerana tidak dapat dilaksanakan secara realiti.

11. Apa pun saya berbangga dengan rekod Barisan Nasional yang akan tetap berkata benar biar pun pahit. BN bukan parti yang sempurna tetapi sekurang-kuranngya ia menyatakan apa yang benar dalam melaksanakan polisi. Jika ia tidak mampu memberi bulan dan bintang maka ia tidak menjanjikan bulan dan bintang.

12. Terserah kepada rakyat sama ada masih mahu mempercayai janji-janji manis Pakatan atau kembali kepada realiti yang ditawarkan oleh Barisan Nasional. 

Dengar guruh di langit, air dalam tempayan jangan dicurahkan,takut nanti hujan tak jadi kita kehausan.Mudah berjanji, mudah pula termakan janji;lain yang dijanji lain pula yang dilakukan



8 comments:

  1. sebenarnya ada baik mb pkr.cuma yang sedih dia tak dengar kata ketua umum.dia memang vengeful.skrg dia terus tak beri apa apa peruntukan utk bantu adun pkr.yb azmin powerless walaupun ketua perhubungan negeri.dap makin sokong mb pkr untuk terus tolong mereka take over selangor in the future.kita doa pkr menang tetapi parti tukar mb.kak wan should go as daughter is already there.

    ReplyDelete
  2. dasar mencuri dalam senyap pR!!!..

    hampir penghujung tahun...sedang rakyat mula mendapat durian runtuh ..bonus syarikat..bonus/dividen asb/t.haji,dividen saham,fix deposit serta br1m.

    laba rakyat cuba dikaut dan ragut sebelum rakyat perabis keluar berbelanja!!!!

    ReplyDelete
  3. Dato, Berjanji sebelum berkuasa memang mudah sebab tiada tanggung jawab. Bila dah dapat kuasa maka habis segala kuntau dan silat digunakan untuk menutupi kelemahan. Pelajaran buat rakyat Selangor, sekali tertipu mereka akan ingat yang mana kaca yang mana intan.

    Penyokong tegar akan tetap mempertahankan kerajaan mereka dan kononnya majoriti rakyat telah tolak BN, nampaknya PRU 13 akan mengtalkinkan PAS saja

    ReplyDelete
  4. Apa nak dibuat Dr..kami ni dapat MB yang asyik berbohong, sama seperti De Facto mereka. Takpelah, kali ini mari kita ucapkan selamat tinggal kepada Khalid Ibrahim, PKR, DAP dan PAS..

    ReplyDelete
  5. Kerajaan PR cakap tak serupa bikin.

    PBT bebas tentukan cukai taksiran masing2.

    bila pemilik harta tak setuju kenaikan boleh rujuk ke lembaga rayuan dan ke mahkamah utk semakan kehakiman.

    ReplyDelete
  6. sikit2 BN. sikit2 UMNO. Pemimpin PR dah bengong dan BODOH ker? Siapa yang berkuasa di Selangor? Melayu kena tipu dan tipu dan ditipu lagi.

    ReplyDelete
  7. Salam YB Dr Khir. Moga sihat selalu. Biasala bab bab bohong ni. Manifesto pun dia kata bukannya janji. Kalau tak ditunaikan pun tak apa janji berkuasa. Kita tunggulah dalam masa terdekat ini moga-moga rakyat negeri Selangor tak tertipu lagi oleh tokoh korporat ni. Dalam bisnes mesti ada bohong punya janji RM masyuk...Jadi dia buatlah jugak dalam politik. Selamat Tahun Baru 2013 Dr. Teruskan perjuangan.

    ReplyDelete
  8. PR semakin berani memperbodoh2kan rakyat Selangor.
    Tahniah pada mereka yg dah sedar tentang keadaan ni dan kesian pd mereka yg masih leka terpesona dgn janji2 kosong golongan munafik tu.

    ReplyDelete