Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Thursday, January 10, 2013

Allah Dalam Bible Melayu - Kehendak Agama atau Kehendak Politik

1. Blog ini pada Januari 2010 telah menerbitkan sebuah artikel berjudul "Cari Jalan Penyelesaian Segera Isu kalimah Allah" yang antara lain menggesa orang ramai menghormati titah perintah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor mengenai penggunaan kalimah Allah.

 2. Ketika itu Tuanku Sultan Selangor bertitah agar semua pihak di negeri ini berpegang teguh kepada pendirian Majlis Fatwa Selangor mengharamkan pengunaan kalimah Allah oleh agama selain Islam. Menurut baginda keputusan tersebut haruslah dijunjung dan dihormati oleh semua pihak di dalam negeri Selangor.

 3. Ketika sambutan Krismas 2012 yang lalu, Ketua Menteri Pulau Pinang menggesa kerajaan Persekutuan membenarkan penggunaan perkataan Allah menggantikan kata nama Tuhan dalam Bible bahasa Melayu.

 4. Berikutan itu, Tuanku Sultan Selangor telah memanggil satu mesyuarat khas dengan beberapa Ahli Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), mufti dan pegawai tinggi MAIS dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 6 Januari 2013.

 5. Menurut kenyataan akhbar, Tuanku telah membuat ketetapan dan menitahkan dengan tegas bahawa kalimah Allah yang merupakan kalimah suci khusus bagi orang Islam tidak boleh sama sekali digunakan di Negeri Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam sebagaimana yang telah difatwa dan diwartakan pada 18 Februari 2010, (Sel. P.U. 6).

6. Justeru adalah tidak wajar untuk mana-mana pihak di negeri Selangor meneruskan polemik ini. Jika ada pihak yang tidak berpuas hati wajarlah mereka mohon menghadap DYMM Tuanku Sultan bagi menyatakan perasaan tersebut.

7. Saya dimaklumkan terdapat perkataan Allah dalam kitab suci agama Sikh. Saya tidak fikir ia satu masalah kerana perkataan tersebut telah wujud sekian lama dalam kitab suci asal agama mereka dan bukan ditulis dalam bahasa Melayu.

8. Yang menjadi isu besar di negara ini ialah mengapa dengan tiba-tiba sekumpulan pemimpin agama dan politik mahu menterjemahkan perkataan God kepada Allah dalam Injil (Bible bahasa Melayu)? God dalam bahasa Melayu ialah Tuhan. Dalam bahasa Melayu, Allah adalah kata nama khas kepada tuhan orang Islam. Islam sebagai agama Persekutuan tentulah mempunyai hak dan kelebihan untuk melindungi keistimewaan ini.

9. Mereka yang mendokong usaha menterjemahkan perkataan God dalam Bible asal kepada Allah dalam Bible bahasa Melayu sebenarnya bukan berbuat demikian atas kepentingan agama Kristian tetapi atas kepentingan politik kepartian. Jika mereka bekerja untuk agama Kristian semata-mata tentulah tiada masalah untuk menukar perkataan God kepada Tuhan dalam bahasa Melayu kerana ia tidak menjejaskan apa-apa prinsip ketuhanan dalam Kristian pun. Apatah lagi seluruh rakyat negara ini termasuk penganut agama Kristian telah pun mengenali Allah sebagai tuhan orang Islam sejak mereka di sekolah lagi.  

Siapa Mempolitikkan Isu ini?

10. Malaysikaini.com melaporkan bahawa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, "regretted that the government is making this a polemic issue by using the media, when they (BN) do not understand and this had resulted in a strain in the relationship among people of various faiths."

 11. Kenyataan ini sangat mengarut kerana yang menimbulkan semula polemik ini ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Encik Lim Guan Eng. Bagaimana tindak balas orang Islam di seluruh negara termasuk nama-nama besar dalam Dewan Ulama Pas ditafsirkan sebagai manipulasi UMNO? Hadi sebenarnya cuba mengelirukan rakyat dengan kenyataan berpusing-pusing mengenai isu ini untuk memburukkan UMNO.

Politik Lebih Penting Daripada Agama

12. Presiden Pas semalam membuat kenyataan bahawa
“Hence, the word ‘Allah’ should not be abused by other faiths in giving different meanings to the word other than the ones from Muslim interpretations, resulting in further confusion on the issue (kalimah Allah tidak wajar disalah gunakan oleh pihak lain terhadap masyarakat Islam sehingga menimbulkan kekeliruan). Hence, Muslims of various practices would not translate ‘Allah’ in their own language when they are performing their prayers. “Despite this, Islam does not prohibit people of other faiths to use ‘Allah’ in their practice, although it is not within the scope of the original Al-Quran language... - Malaysiakini.com
13. Apakah ini kenyataan seorang ulama atau seorang ahli politik yang menggunakan agama untuk perjuangan partinya? Belum selesai isu "pengkafiran" beliau ke atas ahli UMNO (yang dibangkitkan semula oleh Cikgu Non, seorang ahli Pas), Hadi menimbulkan satu lagi polemik agama yang serius di kalangan orang Islam.

 14. Kenyataan Hadi ini adalah kenyataan politik. Tiada sesiapa pun mempertikaikan jika ada orang bukan Islam mahu menyebut perkataan Allah. Yang menjadi isu sekarang ialah apakah boleh atau tidak boleh perkataan God diterjemahkan sebagai Allah bukannya Tuhan dalam kitab Bible bahasa Melayu.

15. Janganlah kerana mahu meraih undi pengundi Kristian di negara ini Pas mahu berdolak-dalik dalam isu ini. Memang benar tiada nas yang nyata melarang penggunaan nama Allah dalam agama lain.

16. Namun ulama di negara ini baik Ulama dalam kerajaan, dalam universiti malahan dalam Pas telah sepakat bahawa penggunaan Allah dalam bahasa Melayu adalah khas untuk kegunaan orang Islam sahaja. Apakah kesepakatan ini mahu dibakulsampahkan oleh Hadi Awang hanya kerana undi?

17. Saya berharap agar sebagai seorang pemimpin Islam yang terpelajar, Hadi dapat mengambil masa bermuhasabah diri melihat isu ini. Saya khuatir kenyataan-kenyataan beliau boleh menghimpiri diri beliau kepada keadaan syirik dengan menyamakan konsep Allah yang maha esa dengan konsep Trinity dan sebagainya.

18. Apakah "Amanat Haji Hadi" lebih 30 tahun lalu sekarang ini kembali "memakan" diri sendiri?

12 comments:

  1. Para munafiqun sedang berkumpul dalam parti Pas. Agama pun depa jual.

    ReplyDelete
  2. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1231&pub=utusan_malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm

    ReplyDelete
  3. Alah pemimpin Pas ni Allah pun mereka tipu. Setakat nak jual mana Allah kat DAp apa ada hal.

    ReplyDelete
  4. DS Khir,
    Saya amat setuju dengan kenyataan datuk bahawa amanat Haji Hadi telah memakan tuannya sendiri. Kalau kita perhatikan banyak tuduhannya dahulu kepada UMNO, sekarang ini dia yang lakukan.
    Contoh yang paling klasik, adalah kafir berkerjasama dengan bukan Islam. Tapi sekarang dia sendiri yang melakukannya.Malah pernah berpeluk pelukan dengan LKS seperti 'long lost brother"
    Malah saya jadi kasihan kepadanya bila mengumumkan kesepakatan PR tentang kalimah Allah, dia yang ditolak ke hadapan untuk mengumumkan keputusan itu.
    LKS dan AI duduk releks di belakang!

    ReplyDelete
  5. lepas ini dia akan minta tukar nama gereja kepada rumah Allah saperti di Indonesia. Maka generasi akan datang akan keliru dan menganggap rumah Allah (gereja) sama dengan masjid. Seterus mereka akan keliru dengan mengatakan semua agama sama matlamat, maka jadilah fahaman plurisma saperti di Indonesia. Apabila ini berlaku sangat susah untuk diperbetulkan. Jadi kita semua jika tidakmencegah dari sekarang, tidak mustahil is akan berlaku saperti di negara jiran. Ya Allah selamat kami umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia.

    ReplyDelete
  6. Tak sangka pulak orang mengaji tinggi macam hadi awang, lagi rendah akhlak, bebal dan dunggu. Lebih bodoh rupanya jika dibandingkan dengan Cikgu Sekolah Rendah yang mengajar ABC.

    Tak adakah manusia yang lebih cerdik dan berilmu dari Hj Hadi yang boleh jadi presiden PAS. Dah boleh tuakr parti PAS kepada Parti Apa Saja.

    ReplyDelete
  7. Adoi la PAS nie, makin lama makin celaru dan makin kelam kelibut

    ReplyDelete
  8. Dr. pada tahun 80an dulu di panggung wayang Cathay kalau tak silap ada satu patung cina ( Tokong ) siap pakai kopiah dan berserban. Kononnya kawasan tersebut dibuka dan dimajukan oleh seorang haji. Maka penuh segala macam colok dan lilin disekeliling patung tersebut. Rasanya pekara seperti itu akan berlaku sekali lagi dan patung tersebut kelak akan dibuat di Pulau Pinang dan diberi nama Haji Hadi... alahai

    ReplyDelete
  9. Katakanlah:` Hai Ahli Kitab, marilah kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain daripada Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: `Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang menyerahkan diri (kepada Allah)`.(QS. 3:64)

    Allah SWT. memerintahkan kepada Nabi Muhammad saw, agar mengajak ahli kitab Yahudi dan Nasrani untuk berdialog secara adil dalam mencari asas-asas persamaan dari ajaran yang dibawa oleh rasul-rasul dan kitab-kitab yang diturrunkan kepada mereka, yaitu Taurat, Injil dan Alquran. Kemudian Allah SWT menjelaskan maksud ajakan itu yaitu agar mereka tidak menyembah selain Allah yang mempunyai kekuasaan yang mutlak yang berhak menetapkan syari'at dan yang berhak menghalalkan dan mengharamkan, serta tidak mempersekutukan Nya.
    Ayat ini mengandung: Sifat wahdaniah uluhiyah bagi Allah SWT, yaitu ke Esaan Allah seperti tersebut dalam firman Nya:

    ألا نعبد إلا الله
    Artinya:
    "Bahwa kami tidak akan menyembah kecuali kepada Allah".
    (Q.S Ali Imran: 64)

    Dan sifat Wahdaniyah Rububiyah dalam firman Nya yaitu ke Esaan dalam mengatur makhluk Nya:

    ولا يتخذ بعضنا بعضا أربابا من دون الله
    Artinya:

    Dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain dari Allah".
    (Q.S Ali Imran: 64)

    Ketentuan ini disepakati oleh semua orang, dan dapat dibuktikan, Ibrahim as diutus Allah untuk membawa agama Tauhid sebagaimana dibawa oleh Nabi Musa as seperti terdapat dalam kitab Taurat: Allah berfirman kepada Nabi Musa' "Sesungguhnya Tuhan ialah sesembahanmu, kamu tidak mempunyai sesembahan lain di sisi Ku, jangan kamu membuat pahatan patung, dun jangan membuat gambaran apapun juga dari apa saja yang terdapat di langit dan di bumi, maupun yang terdapat di dalam air. Jangan kamu bersujud kepada patung-patung dan gambar-gambar serta jangan menghambakan diri kepadanya.

    Demikian juga Nabi `Isa as diutus Allah dengan membawa ajaran seperti itu.

    Kemudian Nabi Muhammad saw sebagai Nabi penutup, beliau diutus dengan membawa ajaran seperti ini.
    Di dalam Alquran terdapat firman Allah:

    الله لا إله إلا هو الحي القيوم لا تأخذه سنة ولا نوم
    Artinya:
    Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk Nya) tidak mengantuk dan tidak tidur.
    (Q.S Al Baqarah: 255)

    ReplyDelete
  10. elok jer hj hadi dan nik aziz jadi ikon guru fardu ain sahajalah...ilmunya takat tu pasti khatam dan boleh beri manfaat pada orang dewasa sekarang....pasal sekarang
    ni utk orang dewasa susah nak jumpa yg nak belajar
    fardu ain...terakhir sekali belajarpun puluhan tahun dulu di sekolah rendah!!

    bila ada jawatan baru..taklah jadi jurujual agama islam@nilai 10 sen kerna obses politik !

    dlm masa penyucian diri di usia senja..manafaat ilmunya yg dicurahkan akan dirasai oleh generasi kemudian...

    kemuliaan diri apabila kembali kpd alif..ba..ta,

    ReplyDelete
  11. sebelum sayap mengulas lebih lanjut sayap mengucapkan ribuan terima kasih kepada pemimpin pakatan pembangkang,kerana telah mengeluarkan seberapa banyak isu dalam tahun tahun kebelakangan ini,mat sabu dengan isu mat indera(komunis)hadi awang dgn isu amanat hadi,nik aziz dgn isu fatwa,nurul izah dgn isu kebebasan ugama,anuar ibrahim dgn isu lgbt,lim guan eng dgn isu khalimah allah,terbaru nik aziz dgn isu lembu..
    cuba kita fikirkan untuk apakah isu isu ini di keluarkan oleh mereka ini??..adakah ingin menutup sesuatu cerita supaya sesuatu cerita itu tidak akan menjadi besar..dan adakah dengan meniup sebarang isu itu rakyat akan terpanggil untuk melupakanya..jika ini tujuan pemimpin pembangkang alamat kerlaut la tujuan dan hasrat mereka,dengan meniup segala isu isu ini sebenarnya memberi kelebihan kepada umno/barisan.ini menjadi titik tolak untuk barisan mengenakan mereka untuk memasuki jerat yang mereka pasang untuk barisan,mereka lupa yang umno mempunyai segala jentera peperangan yg cukup sempurna,berbanding dengan pakatan pembangkang yg mengharapkan beberapa kerat saja informasi dari sekutu mereka.di ringkaskan sayap mengucapkan ribuan terima kasih lah kepada pemeimpin pakatan kerana menolong barisan dalam menambat hati rakyat...so anak cina makan pengat..sendiri mau ingat pru ke 13 nanti..

    ReplyDelete