Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Wednesday, March 27, 2013

Adakah Najib Takut Membubarkan Parlimen?

1. Hari ini merupakan hari terakhir Dewan Undangan Negeri Sembilan berfungsi. Mungkin pada hari ini, Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Hasan akan mengumumkan pembubaran DUN. DUN juga boleh terbubar sendiri selepas 12 tengah malam ini. Namun saya berharapkan Menteri Besar akan mendapat perkenan DYMM Yang Di Pertuan Negeri untuk membubarkan DUN. Adalah tugas Menteri Besar untuk memohon perkenan membubarkan DUN. Jika tidak, Negeri Sembilan akan menjadi negeri pertama dalam sejarah pilihan raya negara yang terbubar secara sendiri.
 
2. Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak mempunyai tempoh sehingga 28 April ini untuk membubarkan Parlimen. Namun sebelum tarikh tersebut akan terdapat beberapa negeri akan terbubar dahulu seperti Melaka dan Johor pada 22 April (tarikh sidang DUN pertama ialah pada 21 April 2008). Ini diikuti oleh Selangor pada 23 April (22 April) dan Perak 26 April (25 April). Selain itu, terdapat beberapa negeri yang boleh meneruskan kerajaan sehingga selepas Parlimen dibubarkan. Antaranya ialah Kedah, Sabah, Terengganu dan Pulau Pinang yang memulakan sidang DUN mereka pada bulan Mei 2008.
 
3. Kemungkinan besar Perdana Menteri tidak akan membubarkan Parlimen dalam minggu ini. Ini menjadikan kerajaan Negeri Sembilan akan berada di bawah kerajaan sementara untuk tempoh yang agak panjang.
 
4. Saya dimaklumkan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan Kerajaan Negeri Selangor akan membubarkan Dewan Negeri Selangor pada 22 April 2013 sekiranya Parlimen masih belum dibubarkan pada masa tersebut. Tarikh ini tidak menghairankan kerana ia merupakan hari terakhir penggal Dewan Negeri Selangor.
 
5. Hakikatnya, hak untuk membubarkan DUN Selangor terletak kepada Menteri Besar dan DYMM Tuanku Sultan Selangor. Ia tidak ada kena mengena dengan Penasihat Ekonomi Negeri mahu pun Ketua Umum PKR.
 
6. Anwar juga mendakwa Mohd Najib takut untuk membubarkan Parlimen kerana tidak yakin boleh memenangi pilihan raya umum kali ini.
 
7. Saya tidak fikir Mohd Najib masih belum membubarkan Parlimen kerana takut kalah. Ini kerana kajian dan pemerhatian pelbagai pihak sama oleh jentera Barisan Nasional, badan-badan pemerhati bebas, mahu pun penganalisis politik dan ekonomi antarabangsa meramalkan Barisan Nasional akan kembali memenangi pilihan raya kali ini dengan pencapain yang lebih baik dari tahun 2008.
 
8. Misalnya, The Economist Intelligence Unit (EIU), sebuah unit penyelidikan majalah terkemuka The Economist, meramalkan Barisan Nasional akan memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 ini. Malahan The Economist menyatakan bahawa pada pandangan pemerhati antarabangsa, keputusan pilihan raya jelas akan memihak kepada Barisan Nasional.

9. Kaji selidik oleh Merdeka Centre dan Pusat Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) juga mendapati Barisan Nasional akan kembali memerintah kerajaan Persekutuan.

 
10. Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan menyatakan kajian pasukannya mendapati Barisan Nasional akan memenangi 160 kerusi Parlimen dalam pilihan raya akan datang. Sungguhpun saya agak skeptikal dengan kajian ini, namun ia bukanlah mustahil.
 
11. Malahan Tun Daim Zainuddin sendiri yang terkenal dengan bacaan politik beliau yang sangat ampuh juga meramalkan BN akan menang dalam pilihan raya kali ini.
 
12. Berdasarkan pandangan pelbagai pihak dalam dan luar Negara, kajian bebas atau dilakukan oleh parti, BN akan kembali memerintah Malaysia untuk lima tahun akan datang. Justeru tidak timbul andaian dan tuduhan Anwar Ibrahim bahawa Mohd Najib tidak membubarkan Parlimen kerana takut kalah.
 
Mengapa Najib Belum Membubarkan Parlimen?
 
13. Soalan ini agak sukar untuk dijawab. Hanya Allah dan Perdana Menteri sahaja yang mengetahui sebab sebenar. Namun berdasarkan kenyataan-kenyataan beliau sejak beberapa bulan lalu, nyata beliau mahu menggunakan masa yang ada untuk memastikan idea, falsafah dan pelan transformasinya dirasai oleh majoriti rakyat.
 
14. Saya fikir apa yang Mohd Najib mahukan sekarang ialah kemenangan 2/3. Untuk mendapat kemenangan 2/3 agak sukar berbanding sekadar untuk menang. Sebab itu beliau mengambil masa yang lebih sedikit untuk membuktikan kebolehan beliau dan meyakinkan sebahagian rakyat yang masih mengambil sikap tunggu dan lihat.
 
15. Beliau dilihat seolah-olah tidak cukup masa untuk meyakinkan majoriti rakyat agar memberi kemenangan 2/3 kepada Barisan Nasional. Ini tidak menghairankan kerana hanya pada 3 April tahun ini genap empat tahun pentadbiran beliau. Ini bermakna beliau kekurangan setahun untuk penggal pentadbiran penuh.
 
16. Oleh kerana beliau mengambil alih pentadbiran dalam keadaan parti yang lemah dan berantakan, pentadbiran yang dikritik hebat dan hampir dinyahkan oleh rakyat dalam pilihan raya 2008, tugas Najib tidak semudah disangka.
 
17. Selain itu, keengganan Najib membubarkan Parlimen lebih awal mungkin beliau bimbang Pakatan akan cuba membuat tindakan tidak beretika seperti melewatkan pembubaran DUN Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.
 
18. Jika ini berlaku dan Suruhanjaya Pilihan Raya  (SPR) mahu mengadakan pilihan raya serentak maka masa kerajaan Persekutuan sementara boleh mencecah sehingga dua bulan. Ini boleh memberi kesan serius kepada ekonomi dan pentadbiran Negara. Malahan masa yang sedemikian panjang boleh mengancam keselamatan sekiranya kempen politik menjadi kian panas.
 
19. Justeru saya fikir Mohd Najib akan hanya membubarkan Parlimen seawalnya selepas ulang tahun keempat pentadbirannya pada awal April ini atau menunggu sehingga saat akhir, sekaligus mengelakkan Pakatan melakukan taktik memanjangkan masa pilihan raya untuk menimbulkan ketegangan kepada rakyat.

20. Tindakan Mohd Najib untuk memenuhi penggal yang ada harus dipuji bukannya dikritik. Ini merupakan catatan demokrasi yang penting kepada Negara ini. Perdana Menteri memilih untuk mengabaikan keistimewaannya untuk mengadakan pilihan raya secara mengejut.

21. Bukankah selalunya pembangkang menuduh tidak mempunyai cukup masa berkempen dan menuduh Barisan Nasional tidak professional kerana mengumumkan pilihan raya mengejut? Sekarang apabila semua orang sudah mengetahui bila pilihan raya akan diadakan, tiada unsur kejutan lagi, Pakatan masih tidak berpuas hati. Apa yang mereka mahukan sebenarnya?
 
22. Ramai juga yang bertanya kepada saya, mengapa Anwar begitu beria-ia mahukan pilihan raya segera sedangkan masanya memang telah pun hampir tiba. Apakah kerana beliau yakin akan menang atau takut banyak lagi isu terbongkar dan makin ramai yang meninggalkan Pakatan nanti?
 
21. Wallahhualam! Hanya Allah yang maha mengetahui.

22 comments:

  1. Mantap...Khalid ibrahim jadi sewel kerana Najib. dulu bukan main lagi dia nak buat pilihan raya berasingan. Sekarang mendesak Najib bubar parlimen pula.

    ReplyDelete
  2. tahniah Dr! Idea dan penulisan yang sangat bistari. Semoga lebih ramai yg akan 'celik' berbanding hanya mengatakan PM penakut.

    ReplyDelete
  3. Pilihanraya dalam 25/26 May, masih lagi dalam 60 hari. dan disebab ada cuti sekolah lagi dan Pesta menuai di sabah.

    Mac 28 - 31 = 4 Hari
    April = 30 Hari
    May = 26
    Jumlah = 60 Hari

    ReplyDelete
  4. Kalau betul-betul kuat bubar lah sekarang juga, cakap banyak tak guna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan soal kuat atau tak kuat bro..

      bacalah tulisan KT dulu. Dia tulis simple jer, tak lah berbelit belit.

      Hidup didunia biar menggunakan akal. Itu yg PM sedang buat. Kalau ikut nafsu...tu jang apa dah jadi pada Papa Homo!!

      Delete
  5. Keadaan BN pada hari ini adalah lebih baik berbanding selepas PRU 12 yang meletakkan BN dalam keadaan hampir kehilangan kuasa dipusat sekiranya pengundi sabah dan sarawak berpaling tadah..ia amat menyedihkan...angkara pemimpin yang syok sendiri membenarkan anak dan menantunya menguasai politik dan ekonomi negara tanpa pengawasan...

    Najib dilihat lebih berwaspada dan agresif dalam memikat kembali hati pengundi khususnya pengundi melayu, tapi gagal dalam mengembalikan keyakinan pengundi cina yang masih lagi menginginkan kehendak politik dan kuasa ekonomi mereka melebar dari apa yang ada ketika BN memerintah...ini yang tidak mampu BN menawarkan kepada pengundi cina tapi dijanjikan oleh anwar dan gang


    Apa pun harapan penyokong BN agar karisma Najib mampu membantu jentera BN menawan kembali beberapa buah negeri yang terlungkup masa sekarang dibawah PR....

    ReplyDelete
  6. TERNYATA PERDANA MENTERI MENGKAJI DENGAN MENDALAM SITUASI YG MUNGKIN DAN AKAN BERLAKU MENGENAI PEMBUBARAN PERLIMEN INI...TAHNIAH DS NAJIB..SEMOGA JENTERA PARTI AKAN MEMANFAATKAN MASA YG MASIH ADA BAGI MEMANTAPKAN STRATEGI DAN GERAK KERJA..PENERANGAN UMNO DAN BN HARUS BERKERJA LEBIH KUAT DAN LEBIH CEKAP

    ReplyDelete
  7. lagi lama bubar lagi bagus..


    Makin byk kemungkaran pembangkang terdedah...

    Allah maha adil...

    ReplyDelete
  8. pelbagai program dari sentuhan ajaib yg tak terduga oleh rakyat telah dan sedang dlm rancangan mengejut oleh pm najip....!!!

    orang lain boleh buat itu?....

    yg dikata hero dr anwarpun tak tentu lagi nampak!!...

    apa yg dia buat sbg penasihat ekonomi selangor?

    LAGI SATU.. SIAPA EGO TENTANG BUBAR MEMBUBAR NI?...BILA LAGI MB KHALID?..TUNGGU TERBUBAR SENDIRI KER?.....
    KAT NAK BUBAR LEPAS CAP GO MEH......

    SAMPAI CAP AYAM PUN TAK BUBAR...

    ReplyDelete
  9. As Salam YB Dr Khir. Moga sihat selalu hendaknya. Sememangnya ramai yang tertanya-tanya kenapa belum bubar. Jika yang lepas-lepas, rasanya tidaklah sebegini sekali. Apa-apa pun tentunya PM ada sesuatu yang sedang diperhatikan sebelum membubarkan parlimen. Bila mahu dibubar awal sebelum tempoh penggal tamat, ada suara-suara yang mempertikaikannya dan mahukan pilihanraya berasingan.
    Dengarnya dulu Selangor tak mahu PRU serentak. DUN nak bubar dulu. Lepas Chap Goh Mei tak bubar juga. Akhirnya tunggu DUN tamat tempoh juga.
    Ada yang kata PM takde telur kalau kita lihat di laman-laman sosial sebab tak berani nak bubar parlimen. Bukan ke itu hak beliau bila masa perlu dibubar. Agaknya dah tak sabar sangat nak mengundi. Yakin sangat orang sebelah sana tu menang besar agaknya. Biarkan PM dengan kerjanya dan kita tunggu dan lihat sahaja dulu.
    Janganlah nanti bila dah terlalu yakin boleh menang, tiba-tiba tewas, janganlah nak buat ala Arab Spring pula. Takde pekdahnya... Menjahanamkan negara saja.. Wallahu'alam..

    ReplyDelete
  10. Bubar sekarang atau bubar dengan sendirinya tidak menjadi masalah. Rasanya pihak yang mendesak semakin risau akan perkembangan mutakhir ini.

    ReplyDelete
  11. insyaAllah...strategi yg berkesan. ramai pengundi atas pagar sudah nampak kepada siapa pimpinan negara dan negeri harus diberikan. BN. Tahniah dr. khir. lain kali jaga amanat rakyat ....

    ReplyDelete
  12. saya agak malu bila Perdana Menteri jadi Pengerusi BN selangor...nampak sgt BN selangor ketandusan pemimpin

    ReplyDelete
  13. saya sentiasa berdoa supaya kerajaan yang ada terus memerintah, tidak perlu ubah seperti yang dilaungkan pembangkang kerana pada saya pembangkang Malaysia tak ada kalibar dalam pentadbiran, tak ada kesabaran, tak ada budi bahasa, melainkan sentiasa bertindak semberono.

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum Dr....
    Ulasan yang simple tapi penuh makna.
    Semoga Allah mencucuri rahmat keatas Dr dan Keluarga.
    Siti Ijok

    ReplyDelete
  15. Salam. Saya mengundi sejak 1978. Pada pendapat saya kita dah terbiasa dengan mengadakan PRU terlalu awal. Tidak salah pun. Saya tak pernah menganggotai mana2 parti politik. Tapi semenjak PRU yg lalu dgn kuasa ALLAH bermacam2 onar PAS/PKR/DAP telah terserlah. Syukur Yang Maha Esa memberi petunjuk kepada kami sekeluarga. Yang paling memberi kesan kpd saya ialah semasa PRK Hulu Selangor apabila TS Khalid MB Selangor & beberapa pemimpin PR yg lain mengatakan bahawa jika mereka memerintah, UiTM akan dibuka kpd semua rakyat Malaysia. Kemana anak2 melayu yg dapat 4,5A dalam SPM nak melanjutkan pelajaran? Fikir2kanlah wahai saudara sebangsa & seagama ku. Ketepikan emosi. Fikirkan masa depan untuk anak cucu kita. Saya setuju UMNO/BN tak sempurna, rasuah, nepotisma & dll tetapi kerajaan2 negeri dibawah PR apa kurangnya? Wassalam....

    ReplyDelete
  16. Dr,
    Saya tidak fikir melambat-lambatkan pembubaran parlimen sebagai satu stragegi yang baik sepertimana yang DR analisakan. Saya percaya ia akan memberi padah kepada BN kerana ia mencerminkan BN tercari-cari jalan-jalan dan lorong-lorong untuk melepaskan diri. Mereka yang confidence akan mengambil penampilan "Anytime" dan "Anyplace". Itu saja pandangan saya.

    ReplyDelete
  17. Apa yang paling sy puji adalah, walau pun DS sendiri bukan dlm kepimpinan parti di peringkat tertinggi, DS masih berjuang untuk parti. ini yg jarang ada dlm ahli UMNO. syabas datuk.

    ReplyDelete
  18. Kepada YB. Perdana Menteri Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak,

    Di sini saya ingin mengatakan bahawa BN kalah bukanlah koncern BN tak baik, khas nya MCA kerana kebanyakan Ahli MCA cabangan bawah, pemimpinnya sudah berjaya sombong dan tidak berkhimat dan ular, olih itu mengakibatkan ramai Malay, Cina dan India naik marah dan kalah PRU 13 teruk

    Contohnya yang saya tahu Pengerusi MCA GOMBAK YIP KUM FOOK dan Permuda MCA GOMBAK YIP JIUN HANN, mereka ular sampai wang Tokong pun berani telang dan halau Sami Buddha keluar dari tokong, orang ramai benci MCA.

    Apabila mereka tolong Donald Lim Siang Chai di Selayang, orang ramai salah sangka Donald Lim sama satu kaki……

    Sekira MCA cuba ingin memulit nama baik dan sokongan olih orang ramai semula, pemimpin seperti ini patut di kikis dengan bersih dalam parti, Kalau tidak sampai bila pun susah memulit semangat

    Sekian, Terima kasih

    ReplyDelete