Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Monday, March 4, 2013

Krisis Sabah Perlu Perhatian Majlis Keselamatan Negara

1. Krisis bersenjata di Lahad Datu telah melarat di beberapa kawasan lain di Sabah. Sehingga kini dilaporkan 7 orang anggota Polis kita telah meninggal dunia akibat ditembak oleh penjenayah yang mencerobohi negara. 

2. Seingat saya inilah krisis yang mengambil masa paling lama untuk diselesaikan oleh pihak berkuasa negara sejak Peristiwa 13 Mei 1969. Kita mempunyai beberapa krisis bersenjata yang membabitkan orang tempatan dan juga pengganas luar seperti situasi Tentera Merah Jepun yang menawan bangunan AIA pada 1975, peristiwa Memali dan peristiwa Sauk.

3. Lebih menimbulkan kegusaran orang ramai ialah setelah hampir sebulan, krisis ini bukan menampakkan jalan penyelesaian atau kesudahan. Sebaliknya, dari situasi hanya terhad di  Lahad Datu semata ia telah merebak ke Semporna dan tidak mustahil daerah-daerah lain sekitar sempadan maritim Filipina.

4. Kematian 7 anggota Polis kita akibat ditembak pengganas ini dalam tempoh tidak sampai seminggu sangat menyedihkan. Sungguhpun ia adalah risiko yang telah pun difahami mereka sejak berikrar mempertahankan negara, namun ia tetap sesuatu yang menyedihkan.

5. Saya percaya Polis tentulah mempunyai strategi tersendiri dalam memangani perkara ini kerana mereka merupakan pihak yang pakar dalam bidang keselamatan negara.

6. Namun melihat kekalutan yang ada sekarang saya fikir bukan sahaja isu keselamatan yang perlu dititik beratkan kerajaan tetapi juga isu keyakinan rakyat terhadap kerajaan dalam menangani isu ini. Kerajaan tidak lagi boleh sekadar mengulangi keadaan dalam kawalan (under control) kerana setiap kali pihak Polis mendakwa keadaan berada di dalam kawalan ketika itu juga muncul berita anggota Polis terkorban.

7. Justeru adalah wajar kerajaan menggerakkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengambil alih peranan pihak Polis dalam isu ini. Mungkin Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri sendiri yang mempengerusikan MKN untuk krisis ini. MKN harus beroperasi 24 jam sehinggalah isu ini diselesaikan secara tuntas.

8. Dengan menggerakkan MKN untuk isu ini maka bukan sahaja PDRM yang terlibat tetapi juga ia akan melibatkan pihak Tentera dan beberapa pihak berkuasa lain serta Ketua Menteri Sabah. Ini sekaligus menjamin kerajaan mendapat maklumat dan pandangan dari pelbagai kumpulan yang terbabit secara langsung dengan situasi di Sabah ini.

9. Melalui pembabitan banyak pihak ini, banyak maklumat akan lebih mudah sampai kepada bilik operasi bagi membolehkan tindakan mencegah situasi lebih parah berlaku. 

10. Menggerakkan MKN bukan bermakna Polis gagal mengawal keselamatan negara. Sebaliknya ia bermakna terdapat usaha lebih bersepadu untuk meningkatkan usaha memulihkan keamanan di beberapa kawasan di Sabah. 


9 comments:

  1. saya percaya itu langkah terbaik utk di ambil....

    ReplyDelete
  2. Setuju, masalah negara perlu di tangani bersama. Cintai lah negara dan agama melebihi yang lain. Demi negara, mari bersatu, lupakan persengketaan dan perbezaan pendapat. Boleh berbeza pendapat tapi ikut adap adapnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PERTAMA KOUNSIKOU TU HARO POMOSARAHAN MIAGAL DITI.. HORMATON TOKOU KARAJAAN TU MENGAMBIL BERAT HITI POGUN TOKOU...TABIK ..SOKONGON TOKOU NUH BN..PUJI TUHAN..

      Delete
  3. Dato,
    Kami pernah bertemu dengan anggota MKN tak lama dahulu. Dari hasil pertemuan itu, kami merasa mereka lebih menumpukan perhatian kpd isu politik tanah air berbanding isu keselamatan.

    Apapun kami setuju dengan pandang Dato.

    Vanakam

    ReplyDelete
  4. bukan "perlu" le .... "wajib" .... dah mati beberapa orang polis baru nak suruh beri perhatian...????

    ReplyDelete
  5. Twin Tower WTC US rubuh, negara islam dan gerakan islam menjadi sasaran. mereka sanggup rakyat mereka terbunuh demi perancangan JAHAT mereka terhadap negara islam Afghanistan, Sudan, dan terjatuh juga TmyHk di P'istan, pergerakan islam dituduh pengganas. PENASIHAT mereka adalah ZOINS/YAHUDI.
    Apakah disebalik rundingan DAMAI tentera gurila islam dengan kerajaan filipina yang kerajaan MALAYSIA menjadi orang tengah? ??? DAMAI dan ?????? perjumpaan PM dgn Raja Sulu ??????
    Keadaan di LAHAD DATU pembagkang ANUAR IBRAHIM menjadi sasaran, disiarkan dlm TV3/Utusan. adakah di nasihat oleh APCO/YAHUDI ???? PILIHANRAYA DAH DEKAT APA SAJA AKAN DILAKUKAN UTK KEKALKAN KUASA?????? kedua-dua pihak org islam mati, APCO/YAHUDI dont care.

    ReplyDelete
  6. Menteri KDN mungkin bercadang menjadi hero apabila mahu PDRM selesaikan isu ini. Ia sedikit sebanyak dapat memperbaiki reputasinya yg banyak tercalar akibat cara pengendalian beberapa kejadian berkaitan keselamatan. Dia tentunya tidak menyangka isu ini akan berlarutan serta meruncing sebegini rupa. Tentera patut jadi frontliners bukan second-liners.

    ReplyDelete
  7. Ini semua salah DS Anwar Ibrahim doc....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Dr,

      Saya tidak bersetuju dengan Dr. Sepatutnya pasukan keselamatan diberi kepercayaan dan kebebasan menangani isu ini dari awal. Pembangkang mempertikaikan ketelusan dan profesionalisme polis. Kerajaan pula dalam isu ini lebih syok sendiri. Mencari political milage saat-saat akhir. Akhirnya pasukan keselamatan yang terancam. Dalam situasi sekarang saya lebih suka kalau hayat politik politikus yang terancam. Saya menyokong penuh pasukan keselamatan. Jangan politikkan pasukan keselamatan. Kami sayang negara ini. Kami mahukan perubahan. Kami tidak mahu diperbodohkan.

      Delete