Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Saturday, May 11, 2013

Kabinet Perlu Cerminkan Semua Kaum

PETALING JAYA: Kabinet tanpa wakil menteri kaum Cina akan menyebabkan politik perkauman di Malaysia akan menjadi-jadi dan tidak terkawal, kata bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo.

Apabila perkauman tidak dapat dibendung, negara akan runtuh, katanya yang menjadi menteri besar Selangor selama lapan tahun dari 2000 hingga tahun 2008. MCA mengumumkan wakil rakyat parti itu tidak akan menerima lantikan kabinet ekoran kekalahan parti itu dalam pilihan raya umum Ahad lalu. 
Keputusan MCA itu, menyebabkan Datuk Seri Najib Tun Razak sukar melantik wakil orang Cina dalam kabinet yang akan dibentuknya. 
“Biasanya MCA mempunyai tujuh wakil dalam kabinet, kalau mereka tidak ada siapa yang mahu mewakili suara mereka dalam kabinet. 
 “Adakah Najib akan melantik golongan profesional Cina sebagai senator dan seterusnya dibawa masung menganggotai kabinet.
“Atau jika Najib berani, beliau melantik menteri Melayu untuk menjaga hal ehwal orang Cina. Persoalannya, adakah orang Cina boleh menerima orang Melayu atau tidak,” katanya lagi.
Kerajaan perpaduan 
Jika Perdana Menteri, kata Dr Mohd Khir, meninggalkan orang Cina dalam kabinetnya, politik perkauman akan menjadi semakin marak. DAP yang menanam dan mengembangkan politik perkaum ini akan untung besar seperti yang berlaku pada Ahad lalu. 
Beliau menegaskan, politik negara masih bergerak berdasarkan kaum – orang Melayu bertanding di kawasan Melayu, Cina di kawasan Cina dan India di kawasan India. 
Menurut Dr Mohd Khir, kerajaan mesti menghalang atau membendung politik perkauman daripada terus merebak lagi. 
https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/05/09/najib-tidak-boleh-tinggalkan-orang-cina/

16 comments:

  1. sudahle .......allah swt memberi hikmah sudah tiba masanya melayu bersatu dan meneruskan perjuangan agama islam bangsa melayu dan ketuanan Tanah melayu hidup melayu......

    ReplyDelete
  2. Saya setuju, lantik lah seorang dua menteri kabinet wakil kaum Cina dalam kabinet..

    Walaupun 90% kaum Cina menolak Barisan Nasional yang memenangi PRU13 kali ini, kita selaku pemerintah Islam harus mengikut cara Nabi yakni berlaku adil..

    Allahua'lam...

    ReplyDelete
  3. Lama tak dengar komen dari dr.

    ReplyDelete
  4. Saya tak setuju dengan pandangan Tuan Khir Toyo.

    Saya setuju jangan diberi apa2 kedudukan pada orang Cina dalam kabinet krn orang Cina 97% dah tolak BN.

    Politik perkauman sebenarnya dimulakan DAP dan kaum Cina.

    Saya tak setuju Tuan Khir Toyo menyalahkan kerajaan BN melakukan politik perkauman kalau tak lantik Cina.

    DAP tak menangkan org Melayu dalam dia punya CEC bukan perkauman ke? 97% pengundi Cina undi DAP bukan perkauman ke?

    Pandangan Tuan Khir Toyo bagi saya adalah pandangan "Chinese appeasement" (memuaskan hati orang Cina) yang tipikal pada pemipin2 Melayu. Walau kita dilanyak Cina berjuta kali pun, pemimpin2 Melayu mcm Tuan Khir Toyo teteap mahu appease (puaskan) orang Cina.

    Saya tak pikir ketiadaan orang Cina dalam kabinet akan membuat Malaysia lebih perkauman. Perkauman dah pun berlaku melalui trend pengundian Cina di PRU 13.

    Kita belum pernah experiment dengan sebuah kerajaan tanpa wakil Cina. Kita tak tahu apa kesannya, mungkin ada kesan positif. Elok kita experiment sekarang. Siapa tahu ada kebaikan.

    ReplyDelete
  5. Dah lama tak dengar komen dari dr khir

    ReplyDelete
  6. Najib mempunyai masaalah besar unrok membentok Kabinet baru.

    Bukan soal samaada orang cina perlu dilantek menyertai kabinet.Sejak dari Tun Hussein Onn menjadi PM,orang Cina dan India hanya lah sesuai untok dinlantek menjadi Menteri buroh,Menteri Perumahan dan Kerajaan tempatan,Menteri kerja raya,Menteri sumber manusia,Menteri pengangkutan.

    Samasa Zaman Tengku Abdul Rahman,Orang Cina menjadi Menteri Kewangan,

    Apa yang di kehendaki oleh orang Cina dan India ialah mereka si beri jawatan yang pentingbdalam Kabinet.

    Di Singapora,Orang India menjadi Menteri Kewangan,Timbalan Perdana Menteri,

    Kabinet Najib perlu lah di penohi dengan orang yang berkelibar untok menjadi Menteri.
    Masaalah Najib yang besar,kebanyakan MP yang menang dalam Pilehan Raya tidak mempunyai kalibar yang besar untok menjadi Menteri yang berwibawa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila baca the following articles:

      1. http://sg.news.yahoo.com/blogs/singaporescene/cartoonist-arrest-stems-honest-discussion-race-pore-054829883.html

      2. http://sg.news.yahoo.com/blogs/singaporescene/racist-just-symptom-wider-malaise-014706108.html

      Delete
  7. Dr Khir,
    Mengapa dan kenapa apabila Cina menyokong MCA tidak dianggap sebagai perkauman, manakala apabila orang Cina menyokong DAP dianggap "Chinese Tsunami". Cina menjadi racist apabila menyokong lain dari BN, begitu juga Melayu menjadi racist apabla tidak menyokong BN.

    Sampai bila agaknya BN akan memainkan perkauman sebagai asas politik mereka. If you are on the other side, don't you noticed that UMNO menggunakan perkauman sempit untuk menarik Melayu menyokong mereka, dan melalui perkauman sempit juga mereka cuba menghalang Melayu menyokong PAS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish...MCA dengan DAP memang parti perkauman..parti dikuasai bangsa Cina..DAP saja ngaku untuk semua tapi jawatan penting semua kaum dia pegang..itu bukan perkauman? UMNO juga perkauman, MIC juga perkauman, Hindraf perkauman....macam mana BN bole mainkan isu perkauman apabila semua kehendak parti komponen ditunaikan?

      Delete
  8. Mungkin kaum cina mula rasa tergugat jika benar-benar berlaku perpaduan antara umno dan pas.

    ReplyDelete
  9. Apa susah, bagi je cina jadi menteri jaga penyapu mcm dr. khir buat....!

    ReplyDelete
  10. kita kena cari apa kelemahan musuh. kini musuh telah lama tahu kelemahan kita

    ReplyDelete
  11. bn sekarang memperbesarkan isu isu perkauman sebagai agenda politik..tengok je facebook balaci bn, blogger bn twitter sume tengak idupkan sumbu..bn lah menyebab perpecahan berlaku...dulu sibuk pasal pasir..sibuk pasal air sekarang dah tak de..itu menunjuk korang main poilitik je..besarkan nonok je..mb dulu sibuk pulak rasuah

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru PR pon mainkan isu perkauman..hina Agong, hina Nabi, hina Melayu...PAS la yang menyebabkan perpecahan melayu islam dengan fatwa merapu2 dan meraban...isu pasir masa PR perintah selangor pon tak selesai..makin menjadi ada la.isu air pon tak bole nak setelkan..come on PR you can do better than this...MB dulu dah la lari dari Ijok...yang pasti dia memang kat Port Klang sebab Cina punya undi

      Delete
  12. Salam Dr.Khir
    Masyarakat cina tidak memerlukan orang cina untuk menjaga kepentingan, asalkan pemimpin berjiwa rakyat sudah memadai.
    Persoalan perkauman hanya dimainkan oleh BN untuk menjaga kepentingan politik. Saya yakin Dr.Khir memahaminya, tetapi Dr seorang ahli politik UMNO, sudah tentu Dr. perlu menyokong dasar perkauman BN. Hujah Dr. tidak disalahkan, tetapi rakyat hanya inginkan pemimpin berjiwa rakyat dan bukannya korup.

    ReplyDelete
  13. Yang aku tahu dinasti DAP, PKR dengan PAS memang korup..haha..dah la korup tak berjiwa rakyat langsung

    ReplyDelete