Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Friday, May 31, 2013

Putus Sudah Harapan?

1. Semalam, Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan telah membuat keputusan sebulat suara menolak rayuan saya. 

2. Saya akan merayu di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan ini tapi saya tidak mengharapkan peluang untuk dibebaskan secerah semasa kes ini di Mahkamah Rayuan.

3. Saya hadir ke Mahkamah Rayuan dengan harapan yang tinggi kerana saya percaya saya tidak melakukan apa-apa kesalahan rasuah mahu pun pecah amanah.

4. Saya membeli rumah dengan harga pasaran. Saya tidak memberi apa-apa keistimewaan kepada Shamsudin Haryoni berbanding syarikat-syarikat lain yang melakukan usahasama dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor.

5. Saya dimaklumkan bahawa tuduhan ke atas saya di bawah Perkara 165 Kanun Keseksaan tidak memerlukan sebarang bukti ada keistimewaan diberikan kepada Shamsuddin. Dengan kata lain, apa yang perlu dibuktikan ialah saya telah membeli sesuatu barangan dengan harga yang tidak mencukupi daripada seseorang yang diketahui mempunyai hubungan rasmi dengan saya sebagai penjawat awam. 

6. Saya tidak pasti bagaimana mahu membeli rumah kerana hampir kebanyakan "developer" mempunyai hubungan rasmi dengan saya sebagai Menteri Besar Selangor.

7. Sudah tentu ada yang berkata belilah rumah mengikut harga sebenar. Saya bersetuju dengan pandangan tersebut. Sebab itu saya minta diadakan penilaian ke atas rumah separuh siap yang mahu dijual oleh Shamsuddin kepada saya. 

8. Rahim and Co dan HSBC menilai rumah tersebut pada harga RM 3.5 juta. Penilai Rahim and Co memberi keterangan terperinci dalam Mahkamah mengenai cara penilaian dibuat. Keterangan beliau tidak dicabar oleh Pendakwa Raya. Malangnya ia tidak diambil pakai oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

9. Sepanjang tempoh perbicaraan ini terdapat 4 nilai harga rumah tersebut dibawa oleh pendakwa raya. Pertama ialah harga RM 6.5 juta, harga yang dibeli oleh Shamsuddin daripada pemilik pertama. Harga kedua, ialah RM 5.2 juta yang kononnya dibuat oleh Trans Asia atas permintaan Shamsuddin sebelum pembelian dilakukan. Shamsuddin tidak pernah menunjukkan kepada saya laporan tersebut dan ini diakui sendiri oleh beliau di dalam Mahkamah.

10. Pendakwa raya juga membentangkan laporan oleh Henry Butcher yang dibuat pada 2009, iaitu hampir 3 tahun selepas rumah tersebut saya beli dan siapkan.

11. Peguambela saya membentangkan dua nilaian. Satu daripada Irhamy and Co yang menilai rumah tersebut sebanyak RM 4.3 juta semasa Shamsudin membeli rumah tersebut pada 2005. Nilaian ini dibuat setelah Shamsuddin memohon untuk melakukan pinjaman cagaran ke atas kediaman tersebut dengan Maybank.

12. Nilaian kedua adalah nilaian Rahim and Co sebanyak RM 3.5 juta yang dilakukan ketika saya membeli rumah tersebut yang separuh siap apabila Shamsuddin meroboh dan membina semula.

13. Saya masih ingat tulisan dan pertanyaan seorang penulis sebuah portal yang menulis artikel bertajuk Adakah Anda Bergurau Tuan Hakim? Saya tidak pasti jika hakim menjawab pertanyaan-pertanyaan tersebut.

14. Semalam, peguam saya, Datuk Seri Shafee Abdullah bangun mengemukakan pertanyaan kepada tiga orang panel hakim hari ini, "Apakah benchmark atau tanda aras untuk menyatakan pembelian ini merupakan satu pembalasan yang tidak mencukupi."

15. Pertanyaaan ini bukan sahaja tidak dijawab oleh Hakim Mahkamah Tinggi tetapi juga oleh tiga panel hakim Mahkamah Rayuan. Ini bermakna saya tidak mungkin mendapat sebarang perbicaraan yang munasabah pada akal logik. 

16. Panel Hakim menyatakan hakikat saya mengetahui rumah tersebut sebelumnya ditawarkan kepada saya RM 7 juta dan Shamsuddin membeli dengan harga RM 6.5 juta menunjukkan saya mengetahui balasan yang saya berikan tidak mencukupi.

17. Apakah masuk akal untuk saya membeli rumah separuh siap dengan harga rumah yang siap bersama perabot dan kolam renang yang dibeli Shamsuddin pada 2005? Jika berdasarkan pertuduhan inilah kesalahan saya. Namun sehingga dua Mahkamah saya lalui, tiada satu pun bukti menunjukkan harga RM 6.5 juta tersebut merupakan harga pasaran yang sebenar. 

18. Empat orang hakim masih tidak boleh memberi saya tanda aras apa yang sepatutnya saya guna untuk membeli rumah tersebut. Jadi bagaimana saya seorang yang tidak mempunyai pengetahuan mendalam mengenai undang-undang boleh membuat keputusan yang tidak menyalahi undang-undang?

19. Dan jika nilaian oleh penilai bebas yang bertaraf antarabangsa seperti Rahim and Co dan bank antarabangsa seperti HSBC tidak boleh diterima pakai oleh Undang-undang dalam menentukan nilai sebenar hartanah tersebut, keadilan apa lagi yang mahu kita cari?

20. Saya percaya saya akan tetap bersalah walau apa pun bukti dibawa. Cuma saya berharap panel lima hakim akan datang menyatakan dengan jelas apakah tanda aras sebenar balasan tidak mencukupi tersebut. 

21. Saya sudah tidak peduli lagi jika keputusan telah dibuat untuk memenjarakan saya sebagai ikon untuk menunjukkan kerajaan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ini telus dan mahu membanteras rasuah. Biarlah luncai terjun dengan labu-labunya.

22. Tapi sekurang-kurangnya saya berharap para Hakim akan memberi penghakiman yang jelas agar tidak ada lagi penjawat awam menjadi seperti saya - mangsa yang boleh  dimanipulasi untuk kepentingan politik!

Rasuah

23. Walau apa pun tanggapan mereka yang tidak suka dengan saya, tapi hakikatnya saya tidak melakukan rasuah. Sepanjang perbicaraan, keterangan pegawai PKNS jelas menunjukkan saya menyokong puluhan surat cadangan memajukan tanah PKNS secara usahasama. Ada sokongan saya yang diluluskan dan yang ditolak oleh jawatan kuasa teknikal. 

24. Sebab tu saya dituduh melakukan Criminal Breach Trust (CBT) atau pecah amanah di bawah Kanun Keseksaan bukannya kesalahan rasuah di bawah Akta Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Namun SPRM dengan bangganya menyatakan bahawa kejayaan pendakwaan ke atas saya merupakan bukti kerajaan serius membanteras rasuah. 

25. Rasuah apa? Sokongan saya terhadap cadangan memajukan tanah secara usahasama ke atas syarikat milik Shamsuddin dinilai oleh Jawatankuasa Teknikal yang saya tidak ketuai. Malah keterangan pegawai PKNS menunjukkan banyak sokongan saya juga ditolak. 

26. Shamsuddin memohon pengecualian Bon dan disokong oleh saya tetapi ditolak oleh PKNS. Jadi untuk apa Shamsuddin merasuah saya? 

27. Malahan dalam keterangan Shamsuddin, beliau sendiri mengakui bahawa beliau yang menawarkan untuk menjualnya kepada saya, bukannya saya yang meminta untuk membeli.

28. Memanglah ada "rempah ratus" pendakwa raya dari saksi-saksi yang bermusuhan dengan saya atau terpaksa kerana telah didakwa bersama saya terlebih dahulu. Namun hakikat utama dalam kes ini bahawa saya membeli rumah dengan balasan tidak mencukupi masih merupakan satu kenyataan yang sangat kabur.

29. Saya bangga sekurang-kurangnya saya membeli rumah dengan titik peluh saya bukan menggunakan wang kerajaan. 

136 comments:

  1. Ahli politik ketika hidup dikeji, setelah mati dikenang budi"

    ReplyDelete
  2. Musuh musuh Datok Seri akan terus memastikan yg Datok akan di sumbat dlm penjara.....Dalam Politik memang ramai musuh.....yg nyata dan yg tersembunyi....so, kalau Datok percaya Datok tidak bersalah....minta la pertolongan dari ALLAH....pasti hancur musuh musuh itu....

    ReplyDelete
  3. Saudara ku Dr Khir

    Jika mahkamah yang dikendalikan manusia tidak boleh berlaku adil, saya yakin mahkamah Allah akan lebih adil buat mu.

    Allah lebih mengetahui dan saksi di mahkamah Allah tidak akan berbohong.

    Pengakhirnya, mahkamah Allah yang lebih penting untuk kita lepas.

    Sudahlah kerjaya politik saudara dimatikan dan peluang kembali lagi bertambah kecil ruangnya, tapi masih lagi bagai mahu terus ditikam ramai-ramai.

    Jika saudara berbuat jahat, ramai lebih jahat dari apa yang dikatakan telah saudara lakukan.

    Jika saudara dikatakan angkuh, ramai lebih angkuh dari keangkuhan yang dikatakan terhadap saudara.

    Mungkin dosa saudara kerana saudara anak suku kaum Jawa dari keluarga marhaen.

    Sabar menghadapi ini semua kerana disebalik rahmat ada laknatnya dan disebalik laknat ada rahmatnya.

    Saya yakin Allah lebih menyangi saudara dan saya mendoakan saudara mendapat sesuatu yang lebih utama iaitu rahmat Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah bersama2 dgn org yg sabar...yakinlah.. ad sesuatu dlm perancanganNYA...insyaallah

      Delete
  4. Semoga Allah melindungi kamu...

    ReplyDelete
  5. Salam DS Khir..

    Saya adalah penyokong DS.. Harap pihak kehakiman dpt memberi perhatian yg serius dlm masalah ini... Saya akan sentiasa menyokong DS kerana saya percaya DS adalah seorang pemimpin yg terbaik..


    ReplyDelete
  6. Biar busuk di mata manusia , janji tidak busuk di depan Allah. Bertawakkal bertawakkal dan bertawakkal lah dgn Allah. Semoga Allah melindungimu wahai YB . aminnn .

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul betul, lihatlah berapa ramai bekas menteri, bekas pegawai tinggi polis dan tentera yang menyertai PR, mereka semua dah dikatakan berseh dari rasuah tidak lagi dibenci malah disanjong tinggi pooi, punya PR...

      Delete
  7. Untuk selamat...apa kata Dato Sri menyertai PKR,gerenti Dato Sri tak akan kena dakwa punya.Sebab kebanyakan dari mereka adalah orang Pembangkang.Kita tengok beberapa kes melibatkan pembangkang,walaupun bukti ada tetap akan diambil tindakan.

    ReplyDelete
  8. DR,KHIR DONT EVER GIVE UP,U INSYALLAH WILL BE FREE , AKU TAK DA APA CONNECTION DGN U TAPI INI U TERANINYANYA ,
    SABAR BERDOA DN BERTAWAKAL ,
    KUN FA YA KUN KATA ALLAH TAKDA SAPA BOLIH MENGHALANG WALAU SERATUS HAKIMMMM
    KITA MASIH ADA TEMAN IA ITU ALLAH CUMA KADANG KALA KITA YGTAK MAU BERTEMANKN NYA

    ReplyDelete
  9. Dr Khir, teruskan istiqamah, kalau boleh selalu baca yassin niatkan moga ALLAH berikan petunjuk siapa di pihak benar dan siapa di pihak yang salah, saya hairan, Kes Anwar Ibrahim yang lebih teruk dari ni masih dibiarkan berleluasa ke hulu ke hilir..tapi kes Dr Khir beli rumah dengan harga lebih rendah dari penilaian hakim. pembunuhan karektor yang sangat drastik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Doa orang yang teraniaya tidak ada hijab. Ushalah

      Delete
    2. Tu la pelik jugak Saya, Anwar Ibrahim yang dah terang2 macam tu tindakannya, masih bebas ke hulu ke hilir sedangkan hasutannya sangat merbahaya pada agama bangsa dan negara tapi pembelian hartanah Dato yang sah itu juga diputar belitkan. Lepas ni penjawat awam tak boleh ada harta, nanti orang kata ada kepentingan...Ya Allah...apa punya undang2 la macam ni.

      Delete
  10. Diharap Dr banyak bersabar....

    ReplyDelete
  11. Bersabarlah dr....

    Saya merupakan seorang yang mengikuti rapat kes perbicaraan dr khir, saya tidak mengenali dr secara dekat namun saya berminat untuk mengikuti perbicaraan ini kerana disebabkan ada ahli keluarga saya yang menjawat jawatan awam pangkat tertinggi...

    memang benarlah kata Dr...bagaimana beliau hendak membeli rumah sekiranya semua pemaju di dalam negeri Selangor mempunyai kaitan dengan urusniaga dgn kerajaan negeri ketika itu...

    Apa yang pelik mahkamah seolah-olah membutakan hati dan minda mereka kerana menolak penilaian yang dbuat oleh pihak bank dan juru nilai bertaraf antarabangsa...dimanakah logik seorang penjawat awam yang meminjam wang dari bank untuk membeli hartanah yang dinilai oleh bank sendiri dikenakan tindakan sedemikian?

    lagi pelik bila mahkamah menerima nilaian harga sebuah rumah yang lengkap yang dinilai pada tahun sebelum pembelian dimana ketika pembelian dilakukan rumah tersebut telah dirobohkan dan dibina semula atau separa siap...

    mungkin mahkamah melihat bank dipengaruhi oleh dr...atau sebaliknya...itu hanya Allah yang tahu...tapi keputusan mahkamah amat merbahaya pada penjawat awam yang dah berkira-kira untuk membeli rumah atau hartanah malah kenderaan dengan harga diskaun dari pemaju/peniaga

    Jangan terkejut bila nanti ada sahaja kes yang tidak masuk akal akan terbit angkara pembelian yang dikatakan murah dimata sesetengah pihak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai-ramai rakyat Malaysia elak membeli dengan harga murah dari harga pasaran, silap2 penuh penjara dengan orang yang membeli dengan harga murah. Saya sangat berharap mak mertua saya janganlah menawar harga di pasar lagi. Menangis-nangis para pembeli di jualan murah gudang karpet tak mahu bayar harga murah kerana takut kena penjara. Kelakar betul undang2 kalau pelaksana system undang2 itu sendiri tidak adil kerana pengaruh politik kotor pihak tertentu.. Patutlah
      Dr Mahathir hadir ke mahkamah siap dengan segala rekod dan nota agar dapat melawan hujah si pedajal undang2. Undang2 Allah yang maha adil, di akhirat kita akan dapat penghakiman yang maha adil. Undang2 dunia hanyalah untuk perhiasan dan mainan hawa nafsu sahaja.

      Dr Iekin

      Delete
  12. Have u ever used your position for any personal gain? Its difficult to imagine how u can afford millions in property value when ur just a government servant. A lie, when often repeated, will in d end become the truth.

    ReplyDelete
  13. ketika A membeli rumah itu , rumah itu lengkap dan berharga rm6juta.... A telah buat renovasi dan meroboh rumah lama...namun atas sebab masalah kewangan A tak mampu menyiapkan, ketika itu A telah berjumpa dengan B dan menawarkan untuk B membeli rumah dari A...

    A mahu menjual dengan harga asal yakni rm6juta, sedangkan A telah meroboh rumah terbut dan dalam proses pembinaan semula dan separa siap...maka B tidak bersetuju untuk membeli dangan harga tersebut memandangkan rumah telah dirobohkan..maka B menyarankan jurunilai bank membuat penilain..maka bank menilaikan harga hartanah tersebut adalah rm3.4juta...dan B menawarkan harga tersebut pada A, A mempunyai pilihan untuk menolak atau menerima harga tersebut...

    maka A pun menerima lah harga tersebut dan B pun buat loan dari bank...

    Maka perlukah B didakwa atas kesalahan menggunakan jawatan untuk mendapatkan sesuatu imbuhan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada juga manusia seperti A yg sanggup menanggung kerugian sebanyak 2.6 juta atau lebih yer...hehehehe

      Delete
    2. Sila baca hujah balas dari Peguam Negara sebelum menilai satu pihak. A tidak mempunyai masalah kewangan, maka tak perlu menjual pada harga yang merugikan beliau. Fikir-fikirkanlah.

      Delete
    3. tuan, sanggup atau tidak, terpaksa mengikut nilaian oleh penilai berdaftar. rumah tersebut adalah rumah separuh siap tuan. mana mungkin harga akan sama dengan rumah yang telah siap. A terpaksa menjual dengan nilaian yang lebih rendah. Jika beliau mahu menjual dengan harga tinggi, beliau mesti menyiapkan rumah tersebut, baru boleh jual dengan harga pasaran.

      Delete
    4. yer...dalam pembelian hartanah ada...kerugian seperti A boleh berlaku dan penjualan boleh berlaku dengan harga yang rendah disebabkan oleh keadaaan A yang memerlukan duit segera atas sebab-sebab pemasalahan A...

      Delete
  14. Saya bangga sekurang-kurangnya saya membeli rumah dengan titik peluh saya bukan menggunakan wang kerajaan.

    Ini wang dari Gaji MB ke wang sebagai pakar gigi?
    Bagaimana ada 3juta?

    20k gaji setahun hanya 200k...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hangpa memang bebal. Pinjaman RM3juta jadi wang pendahuluan RM500 ribu saja.

      Delete
    2. KAU JGN KOMEN KAT SINI...NAMPAK SANGAT BODOH TU...KAU FAHAM TAK PINJAMAN...DGN GAJI +ELAUN+SHARE SEORANG MB LEBIH DARI 3 JUTA PUN BOLEH PINJAM...AKU NAK TANYA KAU KLU GAJI RM 8K MACAMANA DIA BOLEH BELI KERETA RM 200K + RUMAH 400K...DISEBABKAN KEBODODHAN KAU AKU BG JAWAPAN = LOAN...LAINKALI GUNA OTAK BUKAN LUBANG PUNGKOK...ADA FAHAM

      Delete
    3. Janganlah sdra busuk hati. Dr khir telah membuat pinjaman bank hsbc RM3 kita. Lain kali sdra Baca dulu baru komen. Lagipun pinjaman Dan persetujuan harga beli berdasarkan penilaian bank Dan Rahim & Co. Jadi dimana rasuahnya, bodoh sangat kalau kita nak beli hartanah lebih dari harga pasaran.

      Delete
    4. mungkin anda ada point. tapi saya hanya nak betulkan sesuatu. gaji MB bukan sebanyak RM 20 k sebulan tetapi lebih daripada itu bergantung kepada kekuatan ekonomi sesebuah negeri dan berapa banyak anak syarikat kerajaan negeri yang dipengerusikan oleh mb atau ketua menteri berkaitan. dalam hal selangor, saya rasa gaji MB sahaja mungkin 40 k ditambah pula dengan elaun2 lain yang diterima sebagai pengerusi anak syarikat sebanyak 40k atau 50 k. berapa jumlah keseluruhan lu kira sendiri.
      sepanjang menjawat jawatan sebagai ketua eksekutif negeri, secara kasarnya mb atau ketua menteri tak perlu keluar duit sendiri kerana rumah, kenderaan, barang dapur untuk kediaman rasmi, kemudahan jamuan hari raya semuanya disediakan oleh kerajaan negeri. jadinya bila pencen..mustahilkah untuk sesebuah bank untuk meluluskan pinjaman berjuta-juta. saya tidak menyebelahi mana-mana pihak cuma memberi pencerahan.

      Delete
  15. selamat masuk... dulu DSAI pun masuk lagi lama

    ReplyDelete
    Replies
    1. ITU MEMANG SAH PELIWAT....TAK LAMA LG MASUK LG...WELCOME BACK DSAI...AMAN MALAYSIA LPS NI...

      Delete
    2. Raismazzdam, ko penah kene liwat dgn DSAI ke? sedap tak?

      Delete
  16. so nt masuk penjara mana? igt nak g ziarah

    ReplyDelete
    Replies
    1. BELUM TAHU LG...ITU KUASA ALLAH...TP YG PASTI DSAI PASTI AKAN MASUK LAGI..ITU PASTI BERLAKU...TUNGGU AKU KITA PEGI MELAWAT DSAI SAMA...

      Delete
    2. kalau itu keputusan mahkahmah rayuan pun ditolak . .
      masuk pun ada hikmahnya . .dimata orang ramai dengar ajer berjuta juta sudah lain . .tengok rumah nik aziz biasa ajer ...itu pemimpin contoh

      Delete
  17. As salam Dato,
    adakah dgn hukuman yg diberikan kepada dato' maka kerajaan kita dianggap "bersih" semula dan saya bersetuju dato sememmangnya dijadikan kambing hitam demi kepentingan politik seseorg.maka dato perlu bertindak dari sekarang untuk memastikan yg pengirbanan dato ini tidak sia2.

    ReplyDelete
  18. Eloklah jika Dato Seri keluarkan semua rahsia korupsi orang orang UMNO yang Dato Seri sedia maklum. Selepas itu relakan diri ke penjara selama 12 bulan. Paling sikit tindakan Dato Seri itu akan bolehkan negara in dapat di bersihkan daripada gejala korupsi yang kian meningkat dan begitu serius.

    ReplyDelete
  19. Saya bersimpati dgn Anda.Ini semua kerja Allah.Harap anda bersabar dan carilah keredhaan NYA.Semoga anda beroleh kejayaan...Mantan MB Selangor telah memilih jalan terbaik..Anda bila lagi ?

    ReplyDelete
  20. Masih ada ruang kan. Doalah selagi boleh. Kenanglah dosa2 yg pernah kita buat semasa berkuasa dulu. Dan tak mustahil saudara dibebaskan..gimik mcm ni biasa berlaku pada geng2 BN. Jadi..berdoalah semoga gimik tu akan berlaku.

    ReplyDelete
  21. Replies
    1. PATUTNYA LEBIH..LG BAGUS...AMAN MALAYSIA NI...INI SEMUA PAK LAH KASI MUKA...

      Delete
  22. Salam Y.Bhg Dato Dr, Saya pernah mengikuti perbicaraan Dato di Mahkamah Rayuan tempoh hari. Pada pendapat saya yang memang bertugas dimahkamah Dato berehat dan jangan sesekali mengalah dan kecewa. Dato perlu mempersiapkan diri merayu ke Mahkamah Persekutuan dengan didengar oleh 5 orang hakim. Perjuangan Dato belum berakhir, insyallah jika Dato berusaha dan bertawakallah akan berjaya. Peguam yang saya cadangkan ialah Hisham Teh Pok Tek, peguam senior dari Johor Bahru. Saya ucapkan Dato banyak bersabar tapi siapkan diri ke Mahkamah Persekutuan. Perjuangan Dato belum berakhir lagi.

    ReplyDelete
  23. nampaknya MB,menteri dan exco jangan beli rumah@aset semasa berkuasa. bersabar je la Dr Khir,mungkin penebus dosa silam..kita tidak tahu keputusan yang dibuat semasa berkuasa telah memalukan orang atau menindas orang lain..masa untuk mengkaji diri..

    ReplyDelete
  24. Semoga Tuan byk2 bersabar dan istiqomahlah dgn matlamat hidup...kalo tuan di pihak yg benar n teraniaya, insyaAllah , akan jumpa kebenaran di hujungnya nnt...

    ReplyDelete
  25. melihat kelakuan pemimpin saya harapan saya dah lama putus tuan khir,

    ReplyDelete
  26. Salam Dr.Khir,
    Ingatlah bahawa penghakiman yang terakhir dan Maha Adil adalah di mahkhamah akhirat.Jika Allah menginginkan kebahagian untuk Dr., maka tiada satu tangan pun yang boleh menahan dan jika Allah menginginkan kecelakaan untuk Dr., maka Dr. tidak boleh ditolong oleh apa-apa tangan sekalipun. Cuma pesan saya, ambil masa untuk muhasabah diri dan jangan putus harap dengan rahmat Allah.Sekiranya Dr. berada dijalan benar, maka tiada apa yang perlu dirisaukan dan rasa kecewa kerana Allah sentiasa Maha Adil dan Maha Mengetahui. Semoga Allah merahmati Dr. dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  27. Pemimpin perlu bersifat sederhana dan perlu bersedia berkhidmat dan berkorban untuk rakyat. Pemimpin mampu beli rumah berjuta-juta ringgit. Rakyat kelas pertengahan seperti saya nak beli rumah di Selangor harga 150k pun masih tidak mampu dengan kos sara hidup tinggi. Harap memahami perasaan dan kesengsaraan rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai lagi rakyat yg mampu beli rumah lebih Mahal. Cuba lihat di bukit jelutong shah alam. Kes ini saya lihat seolah ada permainan politik oleh AG. Saya rasa seperti AG Macam ada dendam tak sudah dengan khir toyo. Apakah AG sebelum ini pernah kecewa disebabkan ada permintaan yg tak dipenuhi?.

      Dlm Kes DSAI saya tidak pernah nampak AG memberi komen secara terus. Dalam Kes khir toyo seolah AG seronok Dan semacam berpuas hati bila rayuan khir toyo ditolak oleh mahkamah persekutuan. Satu lagi kemuskillan saya apakah AG mendapat arahan terus dari pejabat perdana menteri?. Kononnya Kerajaan DSN telus?.

      Delete
  28. Bagi penyapu jer kat hakim tu ....

    ReplyDelete
  29. saya sangat yakin Dato berada di pihak yang benar, jawapan saya mudah...apabila yang benar dikatakan salah dan yang salah sudah mula dianggap benar..

    ReplyDelete
  30. mmmm..? hasil titik peluh datuk seri mmg mgkagumkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apasal kau tak caya...aku sekeluarga pun ada RM 8K je tapi boleh ada..rumah 250k...kereta (1)130K...kereta (2) 70k...ER6 40K...keperluan lain....itu tandanya rezeki...tak leh CASH kita buat loan...yg penting ingat ALLAH dan BERUSAHA dan HALAL...BUKAN PEMALAS...

      Delete
    2. percaya atau tidak itu pendapat individu. tak perlu nak melatah bg org lain. this is free country.

      Delete
    3. isu nya bukan loan ke tak loan, mampu tak mampu.. (encik Raismazzadam dah buktikan dgn rm8K, beliau mampu hehehe).. isunya adakah beliau (DSK) membeli rumah itu dgn menggunakan kedudukan beliau supaya dapat harga murah.. apa raaaa.. jgn la gaduh.. kalau salah kena hukum..kalau tak salah bebas.. kalau tak salah tapi kena hukum, insyaAllah itu ujian Allah.. di mahkamah Allah yang paling adil.. :)) peace y'all..karang tak pasal2 je dosa hehehe

      Delete
  31. Salam, Dato' Seri. Pada saya tidak perlu ada komen-komen nasihat oleh yang lain-lain di sini kerana beban yang Dato' Seri tanggung tiada siapa yang dapat bayangkan. Saya percaya Dato' Seri lebih mengetahui apa yang perlu dilakukan. Bagi saya, walau apapun, saya menyokong Dato' Seri.

    ReplyDelete
  32. Salam Dr.Khir....
    Bersabar dengan dugaan Allah SWT....katakanlah Dr.menang rayuan pun....mungkin lepas ni akan keluar video salah laku seks pulak...mungkin ada lagi sejuta cara akan digunakan untuk jatuhkan Dr....lihatlah gelagat seperti ini yang berlaku sekarang di Malaysia...hanya Allah saja tempat meminta pertolongan.........amin

    ReplyDelete
  33. Salam.

    Tahniah. Allah nak didik saudara.
    Pendam saudara dalam penjara. Untuk menjadi lebih baik.
    Nabi Yusuf dulu juga pernah dipenjara. Walau dia tidak bersalah.

    Penjara adalah Universiti Tarbiyyah. Peluang terbaik untuk bermuhasabah diri dengan sedalam-dalamnya. Masa yang cukup untuk berehat dari melakukan dosa-dosa kolar putih. Masa yang sangat cukup untuk melakukan ibadat.

    Diharap selepas keluar dari penjara nanti, campakkan diri dalam membela agama Islam semata-mata. Dekatkan diri dengan para ulama Allah. Jangan musuhi mereka.

    InsyaAllah, Allah Maha Penerima Taubat.

    Assalamnualaikum.

    note : catatan bekas peminat Dr.Khir Toyo.


    ReplyDelete
  34. HATI HAKIM DALAM GENGAMAN ALLAH.KALAU ALLAH DAH TETAPKAN DR TAK BERSALAH ,INSYALAAH TERLEPAS JUGAK.SAYA TAKLAH PANDAI TAPI TAPI APA2 PUN MUSIBAH MENIMPA BANYAKKAN NANGIS KETIKA DOA SEDEKAH DAN TAUBAT INSYALLAH ALLAH AKAN BANTU

    ReplyDelete
  35. Bersabar Dr. Setiap yg berlaku ada hikmahnya. Bykkan berdoa memohon pertolongan Allah. Sya akan tetap mendoakan yang terbaik untuk Dr dan kelauarga

    ReplyDelete
  36. Dr Khir, jelas anda menjadi mangsa politik, ada individu yg ingin melihat anda tersungkur dan terus tersembam tanpa dpt bangkit kembali....fikirkanlah apa yg perlu dibuat, jgn kuburkan karier politik anda disebabkan dendam org lain.

    ReplyDelete
  37. U need to strategise your approaches. If the conventional method gets you nothing, then the unconventional methods are the only way to change things. There are already skewed perceptions to your image. You wont get fair comments until at the appellant state.

    ReplyDelete
  38. Baru hang tau nooo toyo...mcm mna mahkamah dari parti hang buat....so nak buat mcm mna lagi dah...mcm hang kata sat td la dlm blog hang ni...hang dok dlm labu sama2 terjun....jadi semoga beristirehat dlm penjara....anggaplah sebagai kifarah dalam masa hang dok idup ni....bukan senang nak jadi pemimpin...bukan dok buleh bg pipi tu gebu jaa....bye2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Toyo nama bapak dia la bangang...yg ko libatkn bapak die wat p agak2 la kalo bencikn die sebut la nama die..kepala bapak ko la (marah x).

      Delete
  39. Masuk la parti lain pulak... Alang alang nak masuk jel.

    ReplyDelete
  40. AsSalam saudara Dr Khir.
    Ucapkan Alhamdulillah...Segalanya telah tertulis dan hanya ALLAH sahaja yg Maha Mengetahui. Yakinlah yang ALLAH tidak sesekali menganiaya hambanya. Kesenangan dan kesusahan semuanya dengan izin ALLAH SWT. Dugaan ALLAH datang dalam bentuk kesenangan dan kesusahan. Terimalah ujian ALLAH dengan redha dan jangan terus terusan menyalahkan orang lain kerana nasib kita bukan ditangan manusia tetapi ditangan yang Maha Kuasa. Saudara seorang yang berpendidikan. Hadapi dengan tabah dan tenang. Jangan diratap masa yang sudah berlalu. Kini masa untuk muhasabah diri. Yakinlan bahawa RAHMAT ALLAH MENGATASI KEMURKAANNYA.
    Ikhlas dari - Ben Luqman

    ReplyDelete
  41. Inilah perkara yg selalu dbangkitkn oleh pwmbangkang tiap kali mereka ke mhkmh. Tiap kali juga mereka dikeji bila kata mhkmh tak telus. Skrg rasanya dr.Khir dh fhm apa yg mereka katakn selama ini.

    Anda percaya kpd ketelusan d mhkmh Msia?

    ReplyDelete
  42. Dr. Terimalah keputusan ini sebagai qadak & qadar Allah. Lembutkanlah hati. Mungkin ini cara untuk kita dekatkan diri denganNya & bersihkan diri dari dosa & kesilapan yang lalu sebelum menghadapNya di akhirat kelak.Manusia bukanlah makhluk yang sempurna. Ingatlah "Manusia merancang & Allah juga merancang. Dan Allah adalah sebaik2 perancang".

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berapa ramai yang tak mahu hukum hudud kerana takut kena potong tangan. Tapi berapa ramai yang hilang terpotong tangan sebab main mercun paip dibulan puasa atau masa bom ikan, putus kaki tangan ketika merempit atau langgar belakang treler, malah ramai kena potong tangan akibat tersepit dalam mesin di kilang-kilang haram (tidak dipantau oleh pehak berkuasa)...Potong tangan tak semestinya sebab Hudud.

      Moral of the story...kena masuk jel tak semestinya kerana bersalah, tetapi memadai didapati bersalah. Inilah undang-undang manusia.

      Delete
  43. Dr. Khir,

    DSAI lebih 6tahun dipenjara Dr. baru kena 1tahun bersabarlah dan terima hukuman di dunia.

    ReplyDelete
  44. Mana ada org dalam dunia nie nak beli barang dgn harga yg mahal.. sabar dato seri.. dato tetap terbaik..

    ReplyDelete
  45. Rasanya apa yang ke atas DS ada hikmah yang tersembunyi... walau apa pun keputusan mahkamah, saya berharap DS akan tetap bersabar... memang benar, diluar sana banyak saya dengar tohmahan yang dilemparkan kpd DS...bermacam-macam andaian dan mungkin fitnah yg mereka lemparkan... dari sudut pengalaman dan kajian saya, amat mustahil DS akan terlepas walau DS meembawa kes ini ke mahkamah persekutuan... Apa yang penting sekarang saya berharap agar DS redha dengan apa yang berlaku... banyakkan istighfar...

    ReplyDelete
  46. Rasanya apa yang ke atas DS ada hikmah yang tersembunyi... walau apa pun keputusan mahkamah, saya berharap DS akan tetap bersabar... memang benar, diluar sana banyak saya dengar tohmahan yang dilemparkan kpd DS...bermacam-macam andaian dan mungkin fitnah yg mereka lemparkan... dari sudut pengalaman dan kajian saya, amat mustahil DS akan terlepas walau DS meembawa kes ini ke mahkamah persekutuan... Apa yang penting sekarang saya berharap agar DS redha dengan apa yang berlaku... banyakkan istighfar...

    ReplyDelete
  47. DSKT. Ubahlah dengan berjuang demi Agama Islam tinggalkan 'kebangsaan'! Inshaallah, Allah SWT akan bantu DSKT meneruskan perjuangan menentang kebatilan. Saya doakan. Amin ~

    ReplyDelete
  48. Dr..
    dakwaan yang dikenakan pada Dr ni adalah kejayaan "kaum" tersebut membawa Dr ke mahkamah....ingat bagaimana kes ini bermula?...walaupun sebilangan besar 'kaum' tersebut merupakan pelopor rasuah,racist,pemboikot tegar,penipu,pendengki, penyangak dan pendatang...mereka sentiasa dianggap suci, bershit,dewa walaupun dikalangan mereka penuh dgn mereka yg berckp dusta dan nista.. bersabarlah wahai Dr..ini ujian berat yang Allah berikan kepada Dr...mengapa Allah izinkan?..kerana pasti Allah ingin Dr mendekatkan diri Dr padanya...insyaAllah Dr akan berjaya dgn rayuan Dr di Mahkamah Tinggi nanti...

    ReplyDelete
  49. Dalam Dr, saya berpendapat Dr jangan sesekali mengalah dan buat persediaan ke Mahkamah Persekutuan dengan 5 orang hakim yg mendengarnya. Peguam yang terbaik bagi saya yg telah lama bertugas di mahkamah ialah Tuan Isham Teh Pok Teik dari Johor Bahru. Dr, perjuangan belum berakhir dan lupakan pasal putus harapan. Lawan tetap lawan.

    ReplyDelete
  50. saudara dr khir,

    sebagai seorang islam saya percaya tuhan maha adil, seandainya pada pandangan saudara adalah benar, pohonlah dengan tuhan, mengadulah dengan tuhan.. mungkin tidak di dunia di akhirat pasti. Seandainya ada khilaf yang saudara lakukan samada sedar atau separa sedar.. peluang taubat masih terbuka.. selagi denyut nadi masih ada...

    saudara,
    saya ulangi.. taubat la selagi masih boleh.. selagi nadi masih ada...

    pejuang-pejuang islam pun ramai senasib dengan saudara.. bahkan lagi teruk dari saudara... yusuf qardhawi jasad dipenjara tapi bukan jiwa dipenjara.. hassan albana pun serupa...

    usah pergi jauh..
    lihat lah dimalaysia, yang bersalah dilepaskan diagungkan.. yang tidak bersalah ramai juga dikambing hitamkan... ramai pejuang politik malaysia lagi teruk nasibnya dari saudara.. buka minda.. pandang jauh kehadapan.. buang ego...
    imam hoslan pembaling kasut.. adalah orang yang sama sendada.. cukup kecewa dengan sistem kehakiman malaysia...
    lim kit siang, lim guan eng, mat sabu, mahfuz omar , mereka juga serupa.. bahkan tidak dibela oleh peguam ketika di mahkamah...
    sama ada benar atau pun tidak.. samada fitnah ataupun tidak, pengasas abim pun serupa.. bahkan dimalukan lagi hebat lagi.. hari-hari dimedia utama.. dipenjara 6 tahun.. namanya dijaja dengan lebih teruk.. dipijak-pijak... dia la jasad bernama anwar ibrahim...

    dato seri,
    saya bukan berniat untuk menyekolahkan dato seri.. bahkan saya muhasabah diri ini, saya pun serupa punya khilaf di diri...
    sudah lama saya mengikuti blog dato seri.. sejak ianya diwujudkan dari dato seri lagi ... jujurnya saya suka dengan pandangan dato seri terhadap satu2 isu negara.. sometime saya bersetuju sometime saya tidak bersetuju...dulu saya aktif memberi komen.. tapi bila mana komen saya didelete oleh dato seri.. saya rasa keadilan kecil saya pun tiada juga ( hehehehe)

    dato seri,
    Allah marah pada orang yg berputus asa...berusahalah.. dan akhir sekali redha... jangan sekali-sekali berputus asa dalam politik juga.. sebelum ini dato seri diagungkan sekarang diuji.. pengalaman dato seri jauh berharga dari org yang tidak diuji... jasad dato seri yang terseksa zahiriah dan batin.. anggaplah ianya sebagai positif dato seri... biar jasad terpenjara.. bukan minda terpenjara..
    jika dato seri terpenjara sekalipun, kirimkan warkah dari penjara untuk kami.. supaya kami paham suka duka dato' seri...dan minda diluar kotak dato seri masih kami boleh terima...

    rejab bakal melabuhkan tirainya, syakban dan ramadhan akan menjelma.. be 'kuat'... be strong dato' seri... and la tahzan

    ReplyDelete
  51. Yg salah tetap bersalah. Cuma bertaubat semoga Allah menerima taubat kita sebab kita manusia. Byk kelemahan dan dosa.

    ReplyDelete
  52. Mahkamah dilihat tidak mengadili dengan betul ttg kes ini..apa yg nak dibuktikan semua dh cukup dn mahkamah terus menafikan hak kpd yg berhak...apa masalah mahkamah ketika ini...

    ReplyDelete
  53. Saya sendiri akan berjumpa peguam negara bagi bertanyakan penjelasan ttg kes ini...amat memalukan apabila mahkamah tidak menjalankan amanahnya ...

    ReplyDelete
  54. "Saya bangga sekurang-kurangnya saya membeli rumah dengan titik peluh saya bukan menggunakan wang kerajaan."

    Yang nyata Shahrizat beli beberapa buah rumah luar dan dalam negeri gunakan wang kerajaan tapi tak diheret ke mahkamah. Inilah namanya "conspiracy theory". Yang tak salah dihukum, yang bersalah terang-terangan masih berleluasa. Selagi kita tak ubah kepala-kepalanya, selagi itu "conspiracy theory" menjadi-jadi.

    ReplyDelete
  55. best part of his statement perenggan "29. Saya bangga sekurang-kurangnya saya membeli rumah dengan titik peluh saya bukan menggunakan wang kerajaan"

    agak-agak berapa gaji sebagai MB ....untuk mampu membeli rumah banglo harga RM6 juta lebih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamu ni faham atau tidak .Dr.beli rumah tutunai atau masih berhutang dengan RHB.yang dia kena bayar tiap22 bulan .

      Delete
  56. Salam Tuan doktor.

    Sedar lah, betapa jijik nya permainan pemerintah UMNU/BN.
    itu sesama kawan sendiri, apalagi pada lawan, Tuan doktor ada juga di bicarakan. bagaimana yg langsung di tahan tanpa bicara, sesetengah tak tahu apa salah di pasung di siksa, anak bini menderita... tuan ada lah juga meninggalkan bekal...

    Dalam kapal sekarang tiada setiakawan, masa berkuasa di sanjung puja, masa jatuh di nista hina....

    Beralih lah wahai tuan doktor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tn dr bukan kaki jubo cam nuaq liwat......huhu

      Delete
  57. Salam Dr Khir.
    Serahlahkan segala-galanya kepada Allah, pasti akan ada kebenaran suatu hari nanti. Kedua-dua mahkamah tidak nampak kebenaran dihadapan mata,,,,, hatta Tuan teruskanlah beristiqamah.... Ada ganjaran disebaliknya. Biarkanlah orang politik itu tepuk tangan. Yang pasti Tuan sekeluarga tidak berseorangan ,ramai lagi hamba Allah yang sama-sama berdoa agar Tuan sekeluarga dirahmati Allah dan diberi hidayah yang berterusan......

    Daripada Subang Bestari, SA

    ReplyDelete
  58. Assalamualaikum,

    Saya berterima kasih kepada yang memberi sokongan dan juga kritikan.

    Saya cuma ingin jawab beberapa pertanyaan sinis di atas mengenai bagaimana saya penjawat awam boleh memiliki rumah berjuta ringgit.

    Untuk pengetahuan saudara/I, saya membeli rumah dengan pinjaman bank HSBC. Ini bermakna bank telah menilai pendapatan saya dan memberi pinjaman.

    Janganlah butakan hati kononnya saya membeli rumah tersebut secara tunai. Kalau hendak memburukkan orang pun jangan sampai menipu fakta dan melempar fitnah.

    ReplyDelete
  59. hahaha.... saya nak ckp... bukan ke dulu dr khir sendiri ckp mahkah MALAYSIA paling adil.. jgn sesekali persoalkan.... bila anwar masuk jail 6 thn... tu kerana hukum mahkamah ADIL... aik bila dr khir kena 1 TAHUN.. jadi tak adil... sebab kena KAMBING HITAM... pelik la ... baru kena btg hidung.. baru ckp tak adil... hahahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tmkut kit ni otak bubuh kat lubang jubo,...sama spesis liwat.... Tak tgk fakta kes..... Main baca konklusi jaa....

      Delete
  60. takkanlah sampai kena tunjukkan secara detail semua dokumen pinjaman bank HSBC...ia tak DSMKT...

    ReplyDelete
  61. Pemimpin yang bertaqwa dan berkhidmat kerana Allah tidak tergamak untuk membeli rumah berjuta2 rggit selagi masih ada rakyatnya yang hidup didalam kemiskinan dan kebuluran...Abu Bakar AsSidiq R.A. seorang pemimpin yang kaya raya juga menginfaqkan hartanya ke jalan Allah sehingga tiada apa yg tinggal kerana takut disoal di akhirat kelak ...Jika Dato' ingin hidup mewah adalah lebih baik tidak memilih menjadi pemimpin di masa akan datang...dan jika Dato' tidak bersalah InsyaAllah kebenaran akan muncul juga dan anggaplah ini sebagai dugaan dari Allah yg masih sayangkan Dato'...Wallahualam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adun melor mutaah 3juta bebb..... Rakyat Kelantan lg daif duk dalam reban...hehehe....

      Delete
    2. Nik aziz ada hartanah bejota lg kuat nipuu... Nipuu mkn NASIK lemak bungkuih ....harkhhhtuihh

      Delete
  62. welcome to the real world...alah setahun je punnn..pejam celik dahh setel..

    ReplyDelete
  63. lupa nk tulis..lagipun 12 bulan penjara tu sama dgn tempoh rakyat kna jel sebab curi dua tin milo je tuan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah tetap salah tp stopa spender masih x didapati bersalah dalam parti Islam jaminan sorgaa apa cerr...

      Delete
  64. I am glad you are convicted. I hope you get more than a year. It sure sucks now that BN aint supporting you kan? You are like pest to them now and removing you is the best interest. I hope you do learn from your mistakes. Sue me if what i am saying is wrong. SERVE you right

    ReplyDelete
    Replies
    1. Put Your full name and address la idiot if u really got a telo...

      Delete
  65. Padan muka. hope you rot in prison. One year is kinda short, you deserve more.

    ReplyDelete
    Replies
    1. If this thing happens and fall onto your family member, how would you feel sir?. Be kind to your fellow-human. Unless you are not a human....

      Delete
  66. Dr,
    Bukankah cara hidup mantan MB Kelantan itu satu contoh yang patut Dr. teladani? Banglo beliau amat amat jauh nilainya dengan Dr.! tapi dia redho seadanya.Dia tidak duniawi macam Dr.pun.Malah masyarakat seantero menyanjungi keserderhanaan dia.Belajarlah.Kita akan menghadap jua kepada Tuhan dengan keadaan sangat muflis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mu nampak rumah kayu jer, Cuba Mu gi tengok rumah belakang yg besar tu. Belum lagi tanah yg kononnya tumpang pakai Dan tanah bernilai tinggi atas nama bini dia. Haaaak tuih.

      Delete
    2. Belakang rumah nik aziz tu asrama lah bukan rumah dia. Haaak tuih.. main ckp je engkau ni

      Delete
    3. Salah ke melayu nak duduk rumah besar di tanah airnya sendiri?...
      MB Kelantan punya pilihan utk tinggal dimana....dan beliau pilih rumah beliau....

      Delete
    4. Asrama mende bebb...... Tu rumah cri makan konon zuhud... Zuhud pala stok Nik aziz...padahal rete bejota

      Delete
  67. Baru nak faham betapa hodohnya politik umno bila dijadikan kambing hitam.....ha ha ha...rasakan....itulah UMNO...faham?

    ReplyDelete
  68. Ini bukan rasuah ka wahai AG.http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/gani-patail-nafi-dakwaan-rpk-disogok-ho-hup-baiki-rumah-isteri

    ReplyDelete
  69. setahun tak lama, mis 1 kali raya je,,putus sudah harapan bunyi macam kecewa je tapi jatuh hukum senyum je ke masyuk lagi sebab tak heret sekali yang lain lain

    ReplyDelete
  70. Salam Dato,
    Semoga sentiasa di rahmati Allah, sayu juga membaca nukilan Dato.
    Sebagai orang muda walaupun tidak pernah berjumpa Dato, apatah lagi terlibat secara langsung dalam arena politik selangor, saya berpandangan, bukan niatnya DS Najib nak jadikan Dato sebagai kambing hitam. Tetapi Dato sebagai pemimpin yang berpengaruh dikalangan generasi muda merupakan duri dalam daging kepada si menantu dalam mengejar cita2 nak jadi perdana menteri, bukanlah dia bimbang tentang kebolehan. Tetapi pengaruh Dato yang kuat khususnya dikalangan jenerasi muda merisaukan si menantu. Terutamnya dia bimbangkan cabaran yang bakal Dato bawa akan menyukarkan laluan beliau. Peristiwa '09 dengan kemenangan hanya 50 undi adalah sesuatu yang ngeri buat seorang budak dalam arena politik..

    Jadi pada saya Dato ada dua pilihan sama ada berpihak kepada MM dan bersatu tewaskan menantu atau tunduk dan patuh kepada arahan menantu mcm orang2 besar umno yang lain. DS Najib tak boleh buat apa dalam hal ini percayalah..dia pun byk masaalah nak selesaikan.

    Harap Dato bersabar, susun semula strategi dan bangkit seperti phoenix.

    Wassalam.

    Megat Mohamad Munir

    ReplyDelete
  71. What bothers me you said you would sell if somebody wants to buy your house(palace) at 24M. But when a buyer appears you refuse to sell. So who is innocent now?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Really, there is someone willing to buy it for RM24M? I remember he said he'd sell it for half of that i.e. RM12M.

      Delete
    2. Maaf japandy, tiada orang tampil membeli jangan kata 24 juta, 12 juta pun tak ada. Ini rumah rezab melayu, lease 99 tahun

      Delete
  72. Ahli politik setelah mati dikenang budi. Ye ke?
    Tun Mahathir masih marah dengan Tengku sebab bagi Singapura ke Lee Kuan yew

    ReplyDelete
  73. Ag dah bagi kenyataan...harap ada perubahan dimahkamah persekutuan..terusksn usaha dato.

    ReplyDelete
  74. U r just a son of a javanese immigrant on zakat previously. How u became so greedy just astounds me!

    ReplyDelete
  75. As salaam Dr. Khir,

    Bersabarlah kesemua apa yang berlaku ada hikmah. Semasa zaman pemerintahan Dr. Khir ramai orang kampung yang susah ingin memohon bantuan rumah menunggu sampaikan tak dapat sehinggalah PR mengambil alih Selangor barulah lulus.

    Rakyat hanya kais pagi makan petang. Bersabarlah Dr. Khir apa yang berlaku ada hikmah dan Allah lebih mengetahui setiap perancangan hambanya. Maaf kalau tulisan ini menyinggung perasaan Dr. Khir.

    Abdullah

    ReplyDelete
  76. Persoalan Mat Jenin: Kawan saya seorang developer beli saham pada tahun 2005 pada harga pasaran pada ketika itu RM1 per unit. Sekarang, dia ingin jual pada saya pada harga pasaran sekarang pada RM0.70 per unit setelah kejatuhan harga. Saya seorang penjawat awam yang terlibat dengan tender2 kerajaan. Bolehkan saya membeli pada harga RM.70 tersebut.

    ReplyDelete
  77. Dr Khir perlu istihar harta. Mungkin itu yg mahkamah mahukan.

    ReplyDelete
  78. The AG has spoken . It shows that you're guilty Dato.

    Bangkai gajah bolehkah ditutup dengan nyiru?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aisehmen saudara.. ni Malaysia laa.. Yg ada boleh di takde - takde kan, yang takde buleh di ada - ada kan.. takkan la cuma nyiru je yg buleh buat tutup bangkai gajah?

      Dr Khir, sabarlah yer..

      Delete
  79. Slm..maksud YB..bukan setakat Yang Berhormat..juga Yang Berkhidmat..yang pasti Yang Berhati..dlm segala aspek.

    ReplyDelete
  80. Assalamualaikum
    Izinkan saya menyambut alu-aluan saudara mengenai topik yang ditulis tanpa prajudis, sedaya upaya memenuhi permohonan untuk menulis semanis dan telus.

    Saya tampilkan dalam dua fasa. Satu fasa dulu dan satu fasa baru, yang dulu sudah berlalu, lihat bagai gambar yang baru, baru bertemu buat iktibar, dengan sabar supaya menemui yang benar.

    Saudara Dr. Khir Toyoternyata orang yang istimewa . Topik tulisan didalam blognya, Peguam Negara turut bersuara. Apa sebab apa maksudnya?, sama-sama kita baca.
    - Dalam semak ada duri
    Ayam kuning buat sarang...


    GURINDAM SELANGOR
    (khabar buat iktibar)

    I
    Dilaungkan dogma “pembangkang sifar”
    Angkuh liar berkobar-kobar
    Mengaruk mabuk kolam dibakar
    Biang bagai jalak, kokok berdegar-degar
    Tahi berselerak, tersangkut digelegar
    Tidak juga sedar, mahu belajar
    Untuk jadi orang yang berkata benar.

    II
    Diwartakan arahan “setinggan sifar”
    Perintahnya “titah “ tak boleh ingkar
    Marahkan nyamuk kelambu dibakar
    Warga setinggan nyah diusir
    Rumah ibadat habis dibongkar
    Kemudian tanah diserah pada saudagar
    Dihitung untung mengikut ekar.

    III
    Disampaikan sudah “anugerah penyapu”
    Konon sebuah inovasi baru...
    Lupa budaya dan wasiat ibu
    Lupa petua dan pesan guru
    Lupa asaldari yang satu,
    Sesal tak mampu ubah penentu
    Surutnya pasang bermula di hulu.

    IV
    Dipungarnya calon “muka baru”
    Yang lama sudah ditinggal waktu
    Seolah yang lain semuanya dungu
    Tak ngerti beza botox dan jamu
    Tak kenal antara tempe dan tauhu,
    Jujurnya cermin tak akan menipu
    Kita yang lupa telanjang malu.

    V
    Ditunaikan sudah “kuasa rakyat”
    Pilihan raya umum pun dah tamat
    Keputusan; Seluruh dunia amat terperanjat
    Dulu satu; Kini bertambah empat
    Kerajaan negeri yang pembangkang dapat.

    Dr. Mohamad Khir; Apa khabar?
    Jadikan khabar ini satu iktibar!

    Dr. Ibrahim Ghaffar
    Kapar, selangor.
    9 Mac 2008
    Nota: Telah tersiar oleh akhbar SIASAH dua mingu berturut-turut, pada 23 Mac dan 30 Mac 2008.


    DR. KHIR; IKHTIAR BELUM BERAKHIR
    (janji takdir tak mungkin mukir)

    I
    “Putus sudah harapan?” ¹
    Jangan berserah pada saitan
    atau mengalah pada hasutan,
    nafsu lazimnya menyesatkan...
    tetapi percayalah kadha ketentuan
    perkukuhkan takwa dan iman
    berserahlah hanya pada Tuhan.

    II
    “Ahli politik ketika hidup dikeji,
    hanya mati baru dikenang zaman.”²
    Yang layak menerima pujian hanya Allah
    Ya Muhaimin³ - Allah Yang Maha Megah.
    Segala perbuatan selainNya , itu ibadah?
    Harga diri kita ibarat cermin...
    Bagaimana kita hargai orang lain.

    III
    Dr. Mohamad Khir Toyo lebih tahu
    semasa dipersada kepimpinan dahulu
    “siapa yang berada disekeliling kamu
    dan berbakti setiap waktu...
    memenuhi apa, sahaja yang kamu mahu”4
    kalaupun semua orang boleh “diapusi”5
    tak akan mampu tipu diri sendiri.

    Redai takdir sejujur
    hindari rasa takbur
    sedari Allah tidak tidur...

    Dr. Ibrahim Ghaffar
    Kg. Bukit Kapar, Selangor

    NOTA HUJUNG :
    1-2) Topik. Blog Dr. Mohamad Khir Toyo. May 31. 2013.
    3) Asma Ul- Husna ke 11.
    4) Pertanyaan kubur.
    5) Ditipu. Bahasa (delek) Jawa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Dr Ibrahim,

      1. Terima kasih atas pandangan. Tidak benar saya melaungkan pembangkang sifar dengan angkuh. Seingat saya, saya melaungkan pembangkang sifar ketika BN Selanngor berada dalam keadaan agak genting selepas pilihan raya 1999. Saya tidak membawa slogan pembangkang sifar pada 2008.

      2. Benar saya lancarkan setinggan Sifar. Saya fikir dan saya percaya ramai bersetuju bahawa dalam negar maju penduduk setinggan harus diberi penempatan yang sesuai dengan era pemodenan. Saya faham saudara pejuang masyarakat. Saya juga datang dari keluarga susah. Saya sedaya upaya melaksanakan pendekatan penempatan semula setinggan secara in-situ. ramai juga setinggan di atas tanah kerajaan mendapat lot tanah. yang di atas tanah orang lain terpaksalah berpindah. sedikit pampasan disediakan kerajaan. Di bawah pentadbiran saya juga penduduk setinggan hanya perlu membayar RM 1 untuk deposit pembelian rumah flat.

      Diskaun sebanyak RM 7k juga diberikan. Tapi adat manusia sedikit yang cacat dan cela dihebah, yang baik dipandang sipi.

      Daripada hampir 50 ribu setinggan berapa kerat yang memaki hamun saya dan BN. Tapi itulah yang orang pancar dan canangkan.

      Bagi isu penyapu, saudara boleh baca di sini sama ada saya bongkak atau dibuat melalui kosensus pegawai kerajaan.

      http://www.drkhir.com/2008/04/padah-penyapu-atau-padah-sikap-kita.html

      Tapi kerana saya sudah menjadi orang terbuang, yang baik jadi buruk, yang buruk jadi keji. Saya terima dan redha.

      Alahamdulillah, saudara orang pandai menulis Puisi namun janganlah guna kelebihan tersebut "menyajak fitnah, menyonsong fakta." Tanah rumah ibadat mana saya roboh beri kepada pemaju? Kuil diroboh atas arahan mahkamah kerana dibina secara haram atas tanah orang. Saya juga dipersalahkan?

      Delete
  81. Salam Dato'

    Dari awal kemunculan Dato' dalam arena politik, saya sangat gembira kerana kredibiliti,sangat merendah diri tetapi tegas dalam tugasan ada dalam diri Dato'. Saya sangat sedih dengan keputusan mahkamah rayuan. Saya berdoa kepada Allah S.W.T supaya Dato' akan beroleh kajayaan jua walaupun dunia ini tidak memihak kepada Dato' tetapi InsyaAllah Allah mendengar luahan orang teraniaya dan akhirat akan menjamin kebahagian untuk Dato' Ameen. Saya yakin Dato' tersinggung dengan keputusan, tersinggung dengan kata-kata nista orang tetapi Dato' kesabaran Dato' adalah perjuangan sebenar di sisi Allah, itu adalah hakiki yang tidak boleh diubah. Jangan sesekali menjejaki cara Anwar yang tidak ada lagi rukun iman di hati, percaya pada qada' dan qadar. Dato' sekali lagi saya berdoa agar Allah memberikan ketenangan dan kesabaran yang tinggi kepada Dato' dan percayalah, mereka2 yang menhentam, menghina dan mencerca Dato' adalah orang-orang yang hitam hatinya dan semoga mereka juga dibukakan hidayah untuk menghormati orang lain jua.Ya Allah...kurniakanlah kebahgiaan dan kejayaan kepada Mohamad Khir Toyo dan jika beliau ada melakukan kesalahan, ampunilah beliau. Ameen Ya Rabbal Aalamin.

    Ruzila

    ReplyDelete
  82. Begitu lah....ALlah memulangkan semula penyapu yg pd suatu ketika dulu pernah kamu lemparkan pd makhluk Nya. Pun begitu yakin lah bahawa pengampunan ALlah jauh lebih agong dari segalanya. Jiwa kembali tenang jika kamu mampu memahami, merasai indahnya pengampunan dari Khalik. Laahawlawalaa khuwata illaa billah.

    ReplyDelete
  83. Khir Toyo Setaraf Pencabul Kanak-kanak?


    Oleh Lawyer Cabuk

    Berapa kali anda melihat Peguam Negara membalas kenyataan Anwar Ibrahim atau mana-mana pemimpin pembangkang? Mengapa Peguam Negara begitu ke hadapan membelasah Dr Mohamad Khir Toyo? Khir Toyo sebagai orang yanag akan masuk ke penjara tentulahlah akan melakukan apa sahaja untuk mempertahankan dirinya.

    Berapa kali kita mendengar Peguam Negara muncul mempertahankan keputusan hakim terutamanya membabitkan ahli politik?

    Kita tahu ahli politik pembangkang lebih banyak membelasah keputusan Mahkamah tetapi Peguam Negara hanya mendiamkan diri. Namun sekarang Peguam Negara tampil dengan gagah menerangkan keputusan Mahkamah dan juga mengingatkan saya mengenai batasan menghina Mahkamah.

    Seingat saya ini merupakan kali kedua Dr Mohamad Khir Toyo "diugut" dengan tindakan menghina Mahkamah. Pertama kali ketika beliau dituduh beberapa tahun lalu. Beliau terpaksa mendiamkan diri.

    Setelah panjang lebar menulis mengenai kronologi dari sudut pandangan Pejabat Pendakwa Raya dan juga Hakim, beliau mengingatkan Dr Khir mengenai kemungkinan beliau akan dikenakan hukuman menghina Mahkamah.

    5. Apakah tujuan beliau? Supaya Dr Khir tidak lagi menjawab semula kenyataan balas beliau dan mengekalkan persepsi masyarakat mengenai apa yang beliau tulis.

    6. Beliau menyatakan bahawa keputusan Mahkamah tidak bergantung kepada harga pasaran tetapi kepada bukti-bukti berdasarkan keadaan kes.

    7. Saya tidak pasti jika ada orang biasa dan penjawat faham apakah makna kenyataan Peguam Negara ini? Jika Dr Khir dituduh memperolehi sesuatu barangan dengan harga yang tidak mencukupi, maka logik akal tentulah akan menyatakan bahawa mestilah ada tanda aras apakah balasan yang mencukupi tersebut.

    8. Apakah jika Dr Khir membeli hartanah tersebut pada harga RM 6.5 juta maka ia merupakan satu balasan yang mencukupi walaupun Shamsuddin membeli rumah yang siap dengan perabot, manakala rumah yang dijual kepada Dr Khir merupakan rumah separuh siap?

    9. Nilai harga pasaran hartanah tersebut tidak penting tetapi Peguam Negara mengemukakan beberapa saksi yang serius memperkatakan mengenai harga hartanah tersebut:

    a. Perjanjian Jual Beli Saksi Pendakwa 1 dan 2,

    b. Penilaian oleh Jabatan Penilaian Harta Benda

    c. Penilaian Tranas Asia yang kononnya dibuat pada 2007 tetapi tidak pernah dimaklumkan oleh Shamsuddin kepada Dr Khir

    d. Dan penilaian oleh Henry Butcher pada 2009 atas arahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

    Justeru jika harga semasa hartanah bukan penentu kesalahan mengapa Pendakwaraya perlu memanggil beberapa saksi untuk memberi keterangan mengenai nilai hartanah tersebut?

    Peguam Negara dalam jawapan kepada tulisan Dr Khir menyatakan, "Oleh itu, Mohamad Khir seharusnya tidak mengaburi fakta kes ini dengan mendakwa hakim tidak menyatakan apakah tanda aras yang boleh digunakan, sedangkan beliau telah dibuktikan telah menggunakan kedudukan beliau untuk mendapatkan atau membeli hartanah itu dengan harga yang beliau ketahui tidak munasabah sama sekali dari pemiliknya."

    Nah sekali lagi Peguam Negara membuat andaian sendiri sama ada hartanah tersebut munasabah atau tidak. Pada hemat Peguam Negara adalah tidak munasabah Dr Khir membeli sebuah rumah separuh siap dengan harga RM 3.5 juta kerana Shamsuddin telah membelanjakan pembelian dan pengubahsuaian rumah tersebut sehingga RM 7 juta.

    Jadi kes pendakwaan ini merupakan kes mengikut logik akal Peguam Negara bukannya logik akal fikir manusia. Akal fikir manusia tidak akan membeli harga rumah yang separuh siap dengan harga rumah sempurna yang telah dibelanjakan oleh pemilik sebelum ini.

    Bacaan lanjut

    http://www.kerisputera.blogspot.com/

    ReplyDelete
  84. Sabarlah Dr Khir. Ada hikmah disebalik sesuatu kejadian itu. Allah bagi sesuatu, Dia boleh tarik balik bila-bila masa.

    Sabarlah, tak di dunia, di Mahkamah Allah di akhirant nanti semuanya akan terbuka jua.

    Anggaplah ini ujian Allah untuk menaikkan maqam Dr Khir.

    ReplyDelete
  85. Mahkamah di Malaysia dah jadi mahkamah cipan, yang tak salah dihukum, yang salah dibiarkan bebas, lihat isu Anwar dan kuncu-kuncunya, kes penuh bukti di depan mata hakim pun hakim buat tak nampak, nampaknya hakim di Malaysia tak ada kredebeliti, undang-undang semua boleh buang dalam tong sampah sajalah kerana perundangan di Malaysia sudah rosak dengan begitu teruk kerana pengamal undang-undang dari peguam sampailah ke hakim memang dasar perosak!!!!!!!!!!!!!

    Peguam Negara dan ahli pasukannya, berhenti kerja sajalah, kerana orang macam kamu semua inilah perosak kepada negara ini!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  86. Yang pasti...'MEREKA' tidak akan berani menentang pemimpin2 pembangkang yang didakwa...kerana mereka takut di belasah oleh penyokong2 pembangkang yang akan mempertahankan bermati-matian pemimpin mereka...mereka sekadar mampu menjadi hero menghentam pesalah dari kalangan penyokong kerajaan khususnya pemimpin UMNO kerana mereka sedar....mereka akan turut dibantu oleh orang2 UMNO sendiri yang akan menghentam pesalah tersebut....ini realiti yang berlaku sekarang.... kerajaan lemah...pembangkang cukup kuat untuk menentukan situasi negara, walaupun mereka bukan pemerintah. Sabar Khir Toyo...teruskan perjuangan, banyakkan istikharah...Insyaallah, jika memang kamu di jalan yang benar...Allah akan membantu. Tahniah juga untuk pembangkang....kalian cukup berani mendepani cabaran....kalian hebat....!

    ReplyDelete
  87. saya yakin dato akan di bebas kan...kami senantiasa berdoa akan dato di bebaskan... zack hass..

    ReplyDelete
  88. Good luck Dato Seri. jangan putus asa. You bukan mangsa politik tetapi you adalah the 1st to know tanda aras untuk membelirumah bagi penjawat jawatan politik sebagai MB.

    Insyaallah, kalau you benar, you akan dibebaskan kerana sekarang in adalah peringkat ujian Allah SWT kepada you. So.. relax and berserah..

    ReplyDelete
  89. Doa dari saya semoga DS akan menang dalam rayuan di mahkamah pesekutuan nanti. Soalan saya kepada hakim < salahkah DS membeli Tanah yang hendak dijual dengan harga murah, terpulang kapada tuan tanahlah hendak menjual dengan harga berapa. Bayaran pula dibayar dengan pinjaman bank. Jika mereka mempunyai niat lain semasa menjual Tanah tersebut mana DS tahu. Sebab murah DS belilah.>

    ReplyDelete
  90. hadith 1: Hakim terdiri dari tiga golongan. Dua golongan hakim masuk neraka dan segolongan hakim lagi masuk surga. Yang masuk surga ialah yang mengetahui kebenaran hukum dan mengadili dengan hukum tersebut. Bila seorang hakim mengetahui yang haq tapi tidak mengadili dengan hukum tersebut, bahkan bertindak zalim dalam memutuskan perkara, maka dia masuk neraka. Yang segolongan lagi hakim yang bodoh, yang tidak mengetahui yang haq dan memutuskan perkara berdasarkan kebodohannya, maka dia juga masuk neraka. (HR. Abu Dawud dan ath-Thahawi)

    hadith 2: Hindarkanlah tindakan hukuman terhadap seorang muslim sedapat mungkin kerana sesungguhnya lebih baik bagi penguasa bertindak salah karena membebaskannya daripada salah karena menjatuhkan hukuman. (HR. Tirmidzi dan al-Baihaqi)

    ReplyDelete