Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Wednesday, August 7, 2013

Selamat Hari Raya, Awasi Keselamatan Diri dan Harta Benda

Selamat Hari Raya, Awasi Keselamatan Diri dan Harta Benda

1. Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan memohon maaf zahir dan batin kepada semua pembaca blog ini jika ada salah silap.

2. Sempena hari raya ini, saya berharap kita semua sama-sama membantu menjaga keselamatan diri dan harta benda diri sendiri dan masyarakat sekeliling. 

3. Kita menyambut hari raya kali ini dalam keadaan yang agak merunsingkan berikutan banyak sekali kejadian jenayah kecil dan besar sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

4. Penjenayah seolah-olah tidak lagi takut kepada pihak berkuasa. Apakah kerana mereka telah kebal atau mempunyai perlindungan dari orang tertentu?

5. Pihak berkuasa terutamanya Polis pula berada dalam keadaan yang tidak selesa atau terikat untuk bertindak pantas dan segera. Ini kerana setiap kali berlaku insiden antara Polis dan penjenayah akan ada pihak yang muncul cuba mencari kesalahan Polis. Boleh dikatakan jika kita menjadi Polis, lebih duduk diam daripada bertindak. 

6. Keadaan ini harus diambil perhatian oleh Menteri Dalam Negeri yang baru. 

7. Walaupun kita tidak mahu Polis bertindak sewenang-wenangnya terutama dalam kes tembakan, namun Polis juga perlukan perlindungan undang-undang daripada menjadi mangsa "buli" kumpulan tertentu yang mempunyai agenda sendiri.

8. Kerajaan harus melakukan sesuatu untuk meyakinkan anggota Polis bahawa mereka akan dijaga dan dilindungi selagi menjalankan tugas dengan betul.

9. Harus diingat bila undang-undang ditegakkan pasti ada yang tidak menyukai kerana itulah tujuan undang-undang. Jika kita melayan golongan ini pasti segala usaha akan sia-sia seperti mencurah air ke daun keladi.

6 comments:

  1. Selamat Hari Raya Dato Seri. Semoga Dato serta keluarga dipelihara Allah

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada Dr sekeluarga. semoga Dr dirahmati Allah.

    Net - Subang Bestari, Shah Alam

    ReplyDelete
  3. Dr Khir, apa dah jadi dengan Muhyiddin ni? Dia nak jadi Ahjib Gor the second ke?

    ReplyDelete
  4. Salam Dr Mohamad Khir, saya menunggu post seterusnya. Until August 2013 Dr. masih tiada post. Sibuk sangat ke?.....

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Dr.Khir, kami meminta jasa baik Dr menyampaikan kepada TSMY mengenai kebimbangan rakyat Malaysia terhadap pembinaan university cawangan dari China di Negara ini. Ianya bakal mengundang kebanjiran PATI dari Negara China atau Taiwan. Mereka juga mungkin mengahwini warga tempatan dan akhirnya mendapat kewarganegaraan. Bangsa Melayu boleh menjadi minority dalm beberapa tahun akan datang. Adakah kajian sepenuhnya telah dijalankan pihak kerajaan mengenai kesan terhadap kewujudan sebuah university dari China ini? Jika university dari Negara lain tidaklah begitu membimbangkan. Mengapakah PM sering melakukan perkara yang menghiris hati orang Melayu yang mengundi UMNO? Adakah PM fikir bahawa beliau tetap akan menjadi PM apabila Melayu sudah menjadi minority? Adakah TSMY juga berfikiran sama seperti PM? Jika semua pemimpin berfikiran seperti PM, maka UMNO sudah tidak layak mewakili orang Melayu.

    ReplyDelete